On the way balik tu, di persimpangan lampu isyarat dekat je dgn rumah pun.. memang kecut perut aku time tu sebab ada seorang hamba Allah ni dengan sengaja melanggar lampu isyarat yang dah merah, then terus memandu laju ke arah kereta aku yang baru je nak bergerak sbb lampu kat aku pun dah hijau.. hu hu hu.. terhenti jap darah mengalir.. Alhamdulillah, sempat jugak hamba Allah tu membrek kereta dia dari menghentam kereta aku... terasa macam mimpi..Sampai depan rumah pun, masih belum hilang lagi kecut perut aku tu..
Moral pada pemandu2 di Malaysia, sekiranya anda tidak sayangkan nyawa anda sendiri, fikir2kan lah nyawa orang lain dan nasib anak2 mereka..Memang masa itu emas, tetapi masa juga tidak dapat diputarkan kembali sekiranya terjadi malapetaka.
Sesal kemudian tidak berguna...
No comments:
Post a Comment