Wednesday, September 12, 2012

~ Adam & Hawa ~



between HUSBAND and WIFE is like the 
relationship between the hand and the eye.
 If the hand
gets hurt, the eye cries, and if the eye cries the hand 
wipes its tears.

[copy: purity starts here]

U're my hands forever and I'm your eyes ..... together we complete each other
Insya Allah & Amin



Janji kita sebagai Adam & Hawa di muka bumi Allah:

Adam: Let me hold your hand and I will never let you go...
Hawa: Hold me tight, I'll never walk away.. always beside u... :-)

~ Amin.. semoga ikatan berkekalan biarpun badai dan bencana menimpa dan cuba merobohkannya. Hanya Allah yang mampu menguraikan ikatan kita.. Bersama-sama kita mencari keberkatan hidup di bumi Allah, semoga bersama di dunia, bersama di alam kekal.. Amin ~


Sunday, September 9, 2012

Doraemon & Garfield

Haaaaiiiiihhhhhh......

Macam pelik je entry ai kali nih... tapi kadang-kadang ai perlu merubah angin monsun, sedih kpd happy.. :-)

Tiba-tiba dalam minggu ini, ada seseorang bertanya pada ai.. adakah ai masih sukakan Doraemon?....


Soalan dia benar-benar mengusik hati saya.. ekekekeke.... bukan apa.. selepas 17 tahun...?  Masih ingat saya sukakan Doraemon. Terima kasih kerana masih ingat.. :-). 
~ The best friend i ever had ~

Then, tiba-tiba terlintas hati ai nak tanya seseorang yang benar-benar dekat di hati.. bukan dekat lagi dah,.. di dalam hati ai sampai bila-bila..

~ Dear, apa karakter kartun yang paling ai suka sepanjang masa kita study dulu ? ~  
    :-P

Then, he reply in sms : ~ GARFIELD ler... ~


Then, ai memang tak boleh tahan airmata ai dari mengalir... hu hu.. sangat terharu.. how could i tot he already forget ? Bad me...
I'm sorry dear.. really sorry for that...Really appreciate the correct answer after 14 year together.. :-)

Sepanjang malam itu, saya keep refreshing my memories about garfield.. mcm mana gila nya ai kat Garfield time tu.. Bila ai & my soulmate pergi Subang Parade, mesti singgah belek2 item garfield kat kedai karakter Garfield tu, Big Orange nama kedai tu.. Masa tu, everything is orange.. ha ha.. dari pensel ke beg balik kampung.. even bedsheet also garfield.. then time tu, my dear Mr Q buy me a big garfield head, utk teman tido kat rumah sewa.. he he.. still ada tau.. kat kampung..


~ Between Doraemon & Garfield.. ...I've chosen Garfield, and I'm happy ~

Daaaa..... enjoice your life, leave your sadness behind, Remember Allah always with U .... 


Friday, September 7, 2012

Kata Seorang Teman


Perasaan ♥ yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. 

Namun kadangkala ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita, ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan menguruskannya. 

Perasaan ♥ itu amanah dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah... 


InsyaAllah...

Thursday, September 6, 2012

Insya Allah


Kebiasaan sebelum tidur, aku memohon agar Allah memberikan ketenangan dan ketabahan dalam hati ini. Memohon agar Allah memberikan petunjuk pada hati ini.. 

Sering orang berkata , jika terbangun 2/3 malam, seeloknya kita berdoa biarpun seketika.. 
Alhamdulillah, akhir2 ini sering terbangun, sering aku memohon biar sedikit permintaan kepada Allah..

Alhamdulillah, begitu jelas Allah sangat menyayangi hambaNya yang mengingatiNya di kala susah dan senang.  Syukur kerana diberikan dugaan hidup sebegini....Kerana dugaan ini, aku kembali ke jalan mu, setelah leka dibuai kebahagiaan dunia.

Kenapa aku perlu bersedih dan terus memikirkan olah orang yang menyakitkan hati ini, sedangkan sudah jelas tertulis, diri ini bukan antara pilihan.. tetapi sudah menjadi kepunyaan. Aku tidak perlu dipilih, kerana aku sudah mengisi hati dia sekian lama... Hanya kuasa tuhan saja yang mampu mengubah keadaan ini dan hati manusia.. Alhamdulillah kerana hari ini, Allah sedarkan aku sebelum aku membuat keputusan yang aku kesali.. Semoga Allah terus mengukuhkan ikatan halal ini.

Kini, aku hanya perlu selalu berdoa pada Allah agar aku terus menjadi ratu hati nya untuk selama hayat kami...
Tidak perlu berubah menjadi yang sempurna, kerana tiada yang sempurna.. cuma perlu menjadi yang lebih baik dari yang dulu, yang lebih memahami dan lebih terbuka.. Insya Allah.

Semoga perhubungan ini diredhai Allah dan berkekalan ke akhir hayat... Amin

~ Sayang & Abang selamanya, Insya Allah ~



Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh..

Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Wednesday, September 5, 2012

Alhamdulillah..



~ Aku Bersyukur kerana Allah selalu bersama aku.. Kini, terbukti kekuatan jiwa dan hati ini, datangnya dari Allah.. Alhamdulillah ~



~ Thanks my luvly hubby kerana sentiasa menjadi penenang jiwa dan hati bilamana hati ini bersedih, sering memujuk rajuk ini bilamana diri ini terasa berjauh, kerana sering mengingatkan diri ini betapa dalamnya kasih sayang antara kita, sering mengingatkan diri ini tentang anak2 kita yang memerlukan kehadiran kita dalam kehidupan mereka, kerana sentiasa mengasihi dan mencintai diri ini seadanya... ~

Tuesday, September 4, 2012

Thanks My Luvly Hubby



~ thanks my Luv Hubby for the beautiful song.. really appreciate this.. lagu yang lain tu, pun suka jugak.. tapi yang ini Sayang enjoy the most.. :-) ~

Sayang sayang Abang Selamanya,
Biar kita jatuh bangun bersama,
Biar kita derita bahagia bersama,
Yang penting tetap bersama..
Janji kita memegang cinta mati kita,
Pasti akan Sayang kotakan,

Biar Ribut Taufan yang melanda,
Sayang pasti bertahan bersama...

ekekekeke.. jiwang deh..

Miss U so much..

Semoga Allah memberkati rezeki yang kita peroleh setiap hari, Semoga Allah melindungi Abang di setiap langkah Abang seharian, Semoga Allah melindungi Abang dari segala bencana dan kesukaran.. dalam sedar atau tidur.. Amin

Semoga Allah mengukuhkan kekuatan ikatan kasih sayang kita, biarpun kita sering berjauhan, biarpun kita sering berselisihan, namun kita sedar.. kasih kita tak mungkin terurai...

Sayang sentiasa menitip doa dan rindu pada Abang dalam sujud solat sayang setiap hari.. Amin.


Luv U ... daaa..... :-)


Monday, September 3, 2012

Cinta Mati ~Hanya Ajal Memisahkan Kita

Sekadar renungan dan bacaan.... ~ Copy paste dari FB

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

✿ Mari berubah jadi baik dan lebih menghargai apa yang kita sudah miliki...




~ Bila kita sudah berhenti berkongsi cerita, jangan salahkan diri ini bilamana kau sedar, apa yang patut kau tahu, kau tidak pernah tahu... ~

Copy & Paste Monday ..

Hurmmmm.... 
Seeloknya kemudahan dan kecanggihan teknologi sekarang digunapakai untuk kebaikan, bukan disalahguna kearah yang memudaratkan ... :-)



When we become enslaved by social networking sites or applications, we stand to lose the REAL people who truly mean MOST to us. 
If we have no control over how long we spend on our phones or devices we may find our homes breaking up systematically. 
The way we use our phones & handheld devices can determine the direction of our marriages & condition of our homes. 
One by one, today's spouses are complaining of the same problem - 
uncontrolled use of phones & devices.
 Are you prepared to limit the time you spend on phones, 
games & social apps to SAVE your MARRIAGE? 
Make your decision.
 The decision is yours..


~ Semoga Allah selalu melindungi kesejahteraan dan kebahagiaan kami. Semoga Allah memakbulkan doa-doaku agar memberikan kekuatan dan kesabaran yang maksimum menghadapi segala dugaan sementara ini. Semoga yang hadir ini hanya sementara sebagai dugaan antara kami..  Amin ~

Sunday, September 2, 2012

~ Aku Ada, Kerana Kau Ada ~



When you have a secret, she will keep it;

when you need advice, she will give you the best advice.

She will always be with you: 

when you wake up in the morning the first thing your eyes will see will be hers; 

during the day, she will be with you, 

if for a moment she is not with you by her 

physical body, she will be thinking of you, 

praying for you 

with all her heart, mind, and soul; 

when you go to sleep at night, the last thing your

 eyes will see will be her; and when you are 

asleep 

you will still see her in your dreams. 

In short, she will be your whole world and you will be her whole world. 

She is Your WIFE.



ekekekeke... perasan nyer, x boleh blah kan...
Tapi thanks my dear husband for spending this weekend with us.. Raya sakan, cuma malas nk upload gambar..
Sayang akan ingat segala pesan abang.. Sayang tahu, kita ditakdirkan bersama dan kita akan selalu bahagia bersama.. Terima kasih kerana kita saling melengkapi hidup kita.. Hanya takdir Allah yang akan memisahkan ikatan antara kita. Terima kasih kerana selalu menyayangi Sayang seadanya..
Biarpun kita selalu berjauhan, sayang pasti ingat pesan abang.. "Sayang dan anak-anak akan selalu di hati  Abang".. Abang juga selalu di hati sayang dan anak2.. :-)

~Terima Kasih Allah kerana memberikan dia pada kami..Semoga dia tetap bersama kami sehingga akhir hayat..Amin ~