Tuesday, August 23, 2011

~ Urusan Penghantaran Kek Lapis lagi~

Ini adalah penghantaran terakhir keklapis & biskut raya melalui poslaju. Semua kek telah diposkan pada Sabtu, 20/8/2011.. dan hampir semua telah sampai ke destinasi masing2. Alhamdulilah, terima kasih pada pembeli.. Watie jual ya.. :-)

Thanks to :

By poslaju:-
1) Rohana Abu Bakar, KB Kelantan - Biskut Raya 3 blg
2) Rosnah Sungo, KK Sabah - 14pax kek lapis
3) Dr. Faizah Hanim, Jitra - 6pax kek lapis
4) Liena Jusoh, Dungun - 6pax kek lapis
5) Hasniza Nordin, Sg Petani - 3pax kek lapis
6) Normah Kedri, Daro Sarawak - 4pax kek lapis


By hand delivery/self collection:-
1) BJ Muhaimi, Sentul - 4pax kek lapis
2) Masayu Ahmad, Sentul - 3 pax kek lapis
3) Liza@Ibu Ummu - 6pax kek lapis
4) Afif Shafiq - 3kg Popia simpul
5) Siti Suhana, Cyberjaya - 72pax kek lapis
6)Tuty Amin, Semenyih - 30pax kek lapis & 1biji kek XL
7) Mimi Amin, KL - 4pax kek lapis & 5 bj kek XL
8) Rosdi @ Tawel, Senawang - 10 pax kek lapis
9) Zety MohdYusof, Senawang - 6pax kek lapis & 16pcs vanilla Cupcakes (selit order)
10) Fazilah Hashim, Senawang - 1 Hamper, 1 pax kek lapis & 1btl biskut Seroja
11) Linda, Senawang - 1 Hamper
12) Azura, Labu - 2 botol biskut Seroja
13) Ezuekhai, Ampang - 3pax kek lapis
14) Roshimawani, Pantai Dalam KL - 17pax kek lapis, 2 btl samperit & 6 btl Seroja
15) Norazmah, Sg Besi - 7pax kek lapis



Terima kasih ya.. Harap semua berpuashati..

:-))

Thursday, August 18, 2011

~ Urusan Penghantaran Kek Lapis ~

Salam,...

Petang tadi dah selamat di poskan parcel2 kek lapis.. wah baru 5 parcel, macam nak pengsan ai membungkus.. bkn boleh sebarang bungkus, takut kek sampai xda rupa kek pulak.. :-))

Apa pun, Alhamdulillah sebab 30 biji kek yang dikurier ke Penang Isnin lalu telah selamat sampai pada hari berikutnya.. wah cepat dan murah guna KTM Distribution.. sesuai bagi parcel yang sangat berat & besar.. he he. Begitu jugak dgn 7 biji kek ke Kota Kinabalu..selamat sampai dalam keadaan selamat dan sempurna selepas 2hari diposkan..guna Poslaju pun laju ya.. :-))


Thanks juga to my Mr Q's friend, Rosdi aka Tawel.. order 53 biji kek lapis, telah pun diambil petang Selasa lepas.. korang masyuk, aku pun masyuk.. rezeki Ramadhan ya.. :-)

Parcel2 yang telah selamat diposlajukan petang tadi,.. Insya Allah akan mengambil masa 1-2 hari sampai ke destinasi masing.., Terima kasih banyak2.

Reference poslaju :
1) Rubiah Mohd Lazon - Sri Aman, Sarawak (EM009192603MY)
2) Irwan Ilyas - TTDI, KL (EM009192594MY)
3) Saliza A Jalil - Kuantan , Pahang (EM009192585MY)
4) Dr. Ungku Khairulbariah U. Ahmad - S/Alam, Selangor (EM009192665MY)
5) Abd Basid Abd Rahman - Skudai, Johor (EM009192617My)

Penghantaran Trip kedua ialah Hari Sabtu (20/8/2011) dan terakhir ialah pada Isnin (22/8/2011). Dan sebarang order kek lapis melalui poslaju tanpa bayaran sehingga 2ptg 19/8/2011 akan dikira BATAL.

Tempahan akan dibuka semula selepas 6 Syawal..

Terima kasih..

Daaaa... :-))



~ Pengumuman Penting ~

~Assalamualaikum..♥

Buat pembeli kek lapis melalui poslaju. Sekali lagi, Watie nak memaklumkan bahawa, POSLAJU MALAYSIA telah menghadkan 22/8/2011 - ISNIN sebagai tarikh terakhir penghantaran barangan Aidilfitri. Barang2 yang diposkan selepas 22/8/2011, anda hanya akan mendapat tempahan anda seminggu selepas hari raya. Sila pastikan pembayaran penuh dilakukan sebelum/pada 19/8/2011 - JUMAAT (2pm).**

** Mana2 pelanggan yg belum membuat pembayaran sehingga tarikh yang ditetapkan, secara automatik tempahan Kek Hari Raya tersebut DIBATALKAN. **

Sekian, Terima Kasih.

Monday, August 8, 2011

Hari bermalas-malasan

Hari ni ai isytiharkan sebagai hari bermalas-malasan ai.

Entah kenapa, hari ni ai malas sangat.. maybe sebab semlm ai da pulun buat kek lapis sampai penat.. tp Alhamdulillah, kek siap on time.. hari ni customer pun dah ambik kek2 dia.. Terima kasih daun keladi.. lain kali, beli lagi...


Lepas, customer pergi je, en posmen poslaju pulak hon depan rumah... ada parcel yg ditunggu2 suda sampai.. tQ ya Farah Waheeda..

Lepas berbuka terus serbu kerepek cornflakes & kacang ni.. memang sodap.. boleh lah ai order utk raya nanti.. cuma tupperware packing tadi da pecah sikit.. seb baik tak lemau kerepek nih..

Tgahari tadi, ai dok baring2 la ngadap ceta Senario ops pocot.. ntah berapa kali tayangan pun ai x tau.. kejap terjaga, kejap lelap.. ha ha ha.. kaki tido jugak ai ni ya bila free.
Lepas asar, ambik anak2 balik kafa,.. minda da set nak tapau je makanan berbuka.. da penat tido.., walhal sepatutnya bila da rehat, bangun je, kita mesti lebih semangat.. ini terbalik plak.

Murtabak Ayam (size XXL.. RM5)/Nasi Ayam/Roti Jala

Apa pun, hari ni je ai nak berehat puas2.. besok ai start pulun lagi buat kek.. apa yang penting, kek2 order mesti siap on time.. :-))

Daaaa..... :-))



Saturday, August 6, 2011

Macaroni Cheese Bakar

Semalam agak sibuk bakar kek lapis dan buat tart nenas, lepas tu buat delivery pada customer..
thanks mai, yati & saidatul.. :-))
Balik dari ofis ZHC, ingat nak pergi carik rendang kerang dgn daun pegaga di bazar Ramadhan S2, sekali pusing 2x xda parking pun,, ai ni bukan penyabar org nya.. so ai blah balik rumah je lah terus..

x tau nak masak apa dlm masa yg singkat n malas lagipun, penat drive.. ha ha.. ai masak mihun goreng & macaroni cheese jer lah.. lgpun da beli sikit kuih muih sebagai sampingan berbuka..


Macaroni Cheese (Sumber: Suri Man, Jitra )



A. Macaroni hendaklah direbus dahulu sebelum menyediakan sos..


B. Sos Merah

bahan2 untuk sos merah


250g daging ayam kisar/daging lembu kisar

1 bj bwg besar(potong dadu)

1 ulas bwg putih( cincang halus)

olive oil(untuk menumis)

daun bay/selasih (ai takbubuh sbb x jumpa pun kat kedai runcit.. malas nk pg supermarket)

oregano (dried)

blackpepper

1 tin kecil tomato puri

sos cili

capsicum(potong dadu)

carrot(potong dadu)

garam

gula



cara2:

1) Panaskan olive oil, tumis bawang besar,bwg putih,bay leaves,oregano,blackpepper, daging sehingga masak.

2) Kemudian masukkan tomato puri, sos cili sedikit, capsicum, carrot, garam &gula.

3) Biarkan kering dan tutup api dan biarkan sejuk..



C. SOS CHEESE:-

bahan2 untuk sos cheese:-


2 sdb butter

2 sdb tepung gandum

600ml susu segar

4 keping cheddar cheese

Perasa

garam

blackpepper



cara2:


1) Cairkan butter dan masukkan tepung gandum dan masak selama 1 min.

2) Lepas tu masukkan susu segar dan ceddar cheese, garam, blackpepper & perasa (jika mahu)

3) Biarkan sejuk



Cara2 membakar:



1) Gaulkan macaroni dengan sos merah kemudian masukkan selapis kedalam loyang.

2) Kemudian lapis dengan sos cheese sedikit dan seterusnya layer sehingga last sekali layer adalah macaroni.

3) Di atas macaroni taburkan cheese mozrella dan romano cheese/fremango cheese(optional) atau parmesan cheese.

4) Letak parsley untuk hiasan..



Bakar selama 20 minit atau sehingga cheese cair & agak garing sedikit..


So, memang sedap.. terima kasih pada Suri Man sebab sudi share resepi nih.. :-))

Da.... :-))

Bubuh lagu Raya plak

Hai korang semua,

selamat berpuasa ya.. dah 6 hari puasa hari ni.. alhamdulillah kerana Allah memberikan kesihatan yang baik dan keupayaan untuk ai terus berusaha menyelesaikan order2 kek lapis & biskut raya dari kawan2..

Apa pun, ai dah bubuh lagu raya ni, korang yang telek2 di sini, jangan meleleh air mata tau.. ai pun di perantauan nih.. sedih bila dgr lagu raya.. teringat family nun jauh di Dalat, Sarawak..

Daaa.... :-))

Tiada Penggunaan Butter GOLDEN CHURN

Sejak 2-3 bulan yang lalu, kecoh pasal butter Golden Churn mengandungi DNA oink2. Dan, kenyataan rasmi telah di keluarkan dalam BH, Rabu 3 Ogos 2011 dan mengesahkan ianya memang mengandungi dna oink2.

Sebagai pengusaha kek lapis Sarawak yang beroperasi dari rumah secara kecil-kecilan, di sini ai nak memaklumkan bahawa kek lapis dari Watie Que's Kitchen tidak menggunakan sebarang produk Butter GOLDEN CHURN. Walaupun butter ini disahkan HALAL sekalipun, memang ai tidak menggunakan butter ini sebagai bahan kek kerana kos butter ini tersangatlah mahal jika dibandingkan dengan butter tempatan buatan Malaysia...:-)), dimana ai hanya menggunakan Buttercup sebagai bahan utama.


~ mencari yang halal itu satu Fardhu setiap muslim ~

** di sini, ai juga nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada pembeli2 sampel kek lapis, biskut raya & kek lapis Sarawak sepanjang bulan Julai 2011..**

Daaa... :-))




Wednesday, August 3, 2011

Kisah di Bulan Ramadhan

Pejam celik, pejam celik.. dah 2 hari kita berpuasa, dan masuk hari ke-3 hari ni. Alhamdulillah, anak ai, Fatin, Ida & Nina gigih berpuasa sepanjang 2 hari yang lepas. Mudah2an, semangat puasa penuh sampai ke hujung bulan puasa.. :-))

Macam2 karenah diorang sepanjang hari.. adoii.., kejap2 tanya pukul berapa, lagi berapa jam nak berbuka.. ada yang dok buka tutup peti ais, sampai duduk dpn peti ais pon ada.. adehh.. sabor je lah ibu korang nih...

Sebut pasal bulan Ramadhan, memang pemandangan biasa lah di mana2 ada bazar ramadan, tak kira luas ke, kecik ke.. memang penuh dgn orang2 yang berpusu-pusu membeli juadah & kuih muih utk berbuka... ai mcm biasa, tempat yang sesak memang x suka, lagikan nak carik parking yg memang hampir2 tidak ada. Apatah lagi, dengan anak2 yang seramai 5 orang ni... takut ada plak yang missing in action kat bazar tu kang.. ha ha. lebih baik ai masak sendiri.. kuihmuih ai beli kat gerai jiran ai je.. macam2 ada..

Untuk hari pertama puasa, ai layankan aje permintaan kanak2 yang berpuasa.. nak mee goreng, lengkong pandan.. 2 ni je ai buat sendiri. kuih muih & roti jala ai tapau je kat kedai kak lina.. he he.. selang 2 rumah dari rumah ai.. x perlu pergi ke bazar ramadhan..

Menu berbuka hari ke 2 ... alhamdulillah.. masak sendiri ternyata lebih jimat.. :-))

Semoga ibadah puasa kita akan diberkati Allah dan semoga kita semua dapat melakukan yang terbaik sepanjang Ramadhan yg mulia ini..

Daa.... :-))

P/S: pada yang nak order biskut raya & kek raya.. blh belek2 jenis biskut & kek di blog ai di sini