Thursday, June 28, 2012

Berhenti Sejenak, Lihat Belakang

Assalamualaikum..

Seminggu ini, hati banyak menangis, namun aku menangis seadanya... tidak berlebihan, sekadar melepaskan sedikit kesedihan yang kadangkala meronta-ronta mahu keluar dari diri ini.. Tiada lagi kemarahan, kerana bagi aku.. sudah takdir, apa yang terjadi ini.. Sentiasa percaya ada HIKMAH yang manis akan diberikan kelak.

Ya Allah, hanya pada Mu aku memohon segala ketenangan dan keredhaan. Aku juga memohon agar terus diberi kekuatan untuk terus menempuhi hidup yang masih panjang ini..

 Bersama Mu, Ya Allah, tidak aku rasakan keseorangan kerana saat2 aku menangisi nasib diri, terasa kasih sayangMu melingkari hidup kami. Permudahkanlah perjalanan hidup kami, biarpun di pertengahan jalan, langkah kami hampir terhenti dan mengalah.. namun cahaya yang Kau berikan, memberikan aku kekuatan.

Terasa penat mengejar cinta dunia.. tidak sedar Cinta Allah lebih kekal dan tetap ada dikala aku susah dan senang.. Ampunilah dosa ku kerana alpa.. 

Tiada yang lebih besar melainkan Cinta pada Yang Esa.. 

Semoga aku sentiasa beroleh ketenangan hati biarpun sedikit sebanyak ketenangan itu terkocak jua.. Amin.

P/S: Terima kasih sahabat yang sentiasa memberikan nasihat dan dorongan...

Qoute for today... (copy paste fr FB)


✿•❤ Kita kerap berlari MENGEJAR sesuatu yang bukan milik kita, yang langsung tidak berikan PERHATIAN kepada kita...

Mengapa kita TIDAK berhenti sejenak dan melihat ke belakang, mana tahu ada SESEORANG sedang mengejar kita juga?❤•✿

>>> Belajarlah mencintai orang yang mencintai anda,bukan cuba dapatkan orang yang anda cinta (✿◠‿◠)

Saturday, June 23, 2012

Redha dengan KetentuanNya

Assalamualaikum...

Hampir sebulan tidak saya tidak mengemas cerita di blog saya.. dek busy kerja dan urusan rumah & anak2 seharian.. tapi saya tetap tidak lupakan blog saya ni.. tempat saya meluahkan kebahagiaan, kedamaian hidup saya sekeluarga. tempat saya meluahkan perasaan saya.. biarpun tidak ada yang berminat dengan kebahagian dan kesedihan saya..

Tetapi hari ini, hati saya meruntun mahu meluahkan kesedihan hati saya di sini.. boleh lihat dari photo yang saya letak pun.. itu baru dilihat secara luaran. Kalau dilihat secara dalaman, hanya Allah yang tahu.

Tapi saya percaya, semua dugaan yang Allah berikan pada saya seminggu 2 ini adalah tanda Allah sangat menyayangi saya sebagai hambaNya. Terasa saya antara orang yang terpilih mendapat cahaya hidayah dariNya. Mudahan saya terus kekal begini.. mengingati Allah dan kasih sayangNya, terutama di masa senang saya kelak.

Pasti Allah tidak memilih saya seandainya saya tidak mampu menghadapi dugaan ini. Dugaan ini hanya satu langkah untuk saya kembali ke jalan yang benar2 diredhai Allah. Alhamdulillah..

Hari ini, saya mula berlapang dada dengan apa yang telah melanda hidup saya.. Belajar untuk redha namun bagi saya, perjuangan hidup tidak tamat di sini..

Saya perlu berjuang untuk mendapatkan semula kebahagiaan saya. Mungkin kerana saya alpa, jadi kebahagiaan hati saya telah ditarik balik.. Ya Allah, ampunkan dosa2 saya yang selalu lupa mengingatiMu, di kala susah, apatah lagi di kala senang..

Minda saya penat, hati saya penat dan badan saya penat tatkala saya terlalu memikirkan masalah saya, terasa dirobek2 hati saya... Namun, setelah kembali padaNya, saya kembali tenang dan tidak sesekali mahu mengeluh lagi dan tidak menyesali apa yang terjadi.  Apa yang saya perlukan ialah memberi sebuah kemaafan, menerima dengan tabah dan teruskan hidup saya.. berlandaskan apa yang sepatutnya.

Bersyukur juga mendapat keluarga dan rakan2 yang sangat memberi semangat ketika saya dilanda masalah.. biarpun mereka tidak tahu apa masalah saya. Terima kasih Allah kerana memberikan saya keluarga dan sahabat yang baik-baik.. yang mampu memberikan kata-kata semangat, nasihat dan dorongan untuk tabah mengharungi masalah. Saya bersyukur kerana saya tahu hidup saya dikelilingi orang yang baik-baik dan menghargai saya seadanya saya. 

Semoga semua ini selesai seperti yang saya doakan. Saya mahu teruskan hidup dengan cara yang lebih baik, lebih mensyukuri nikmatNya dan lebih dekat dengan Allah. Semoga saya juga terus berlapang dada atas apa yang berlaku dan apa yang bakal berlaku. Yang penting, semoga saya tidak lagi lalai padaNya.. Amin..

Jadi saya sedar, bila kita menghadapi seteruk dan sesusah mana pun masalah, kita harus bertenang dan kembali kepada Allah, terutama bila kita sudah lupa mengingatiNya. Kembali memohon jalan terbaik dariNya, Allah Maha Pengasih.  Begitu juga, bila kita beroleh kesenangan dan rezeki, biarpun sedikit, kita harus bersyukur padaNya. Semoga kita beroleh keberkatan dalam hidup.

~Apa yang baik itu datang dari Allah,~apa yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri..

Wassalam