Monday, November 14, 2011

Genap 34 tahun.. Alhamdulillah

Alhamdulillah..



14.November.2011 ini, ai genap 34 tahun..

1) Syukur kepada Allah atas segalanya.. Berikanlah kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan hidup pada ku dan keluarga tersayang.

2)Terima kasih Mak kerana melahirkan aku ke dunia, memberikan aku kasih sayang yang melimpah ruah yang tidak berbelah bagi, memberikan segala pertolongan tatkala aku kesusahan, memberikan segala pelajaran yang aku perlukan untuk mengharungi hidup dan terima kasih kerana Mak sentiasa ada untuk aku bila saja aku memerlukan.

3) Terima kasih Bapak kerana memberikan aku kasih sayang yang melimpah ruah yang tidak berbelah bagi, memberikan segala pertolongan tatkala aku kesusahan, memberikan segala pelajaran yang aku perlukan untuk mengharungi hidup dan terima kasih kerana Bapak pun seperti Mak..sentiasa ada untuk aku bila saja aku memerlukan.

4) Terima Kasih Suami Ku, Qalam Hamidy Ismail.. kerana memberikan aku cinta, kasih sayang dan segala2 yang aku perlukan dalam hidup., kerana selalu bersama aku tatkala susah dan senang, kerana selalu membimbing, memahami aku dan menjadi rakan terbaik dalam hidup, kerana menjadi suami dan ayah terbaik dalam kehidupan kita..dan kerana selalu ada untuk aku bila saja aku memerlukan mu.. Sayang Selalu

5) Terima kasih anak2, Fatin, Ida, Hafiz, Nina, Aiman & Nani kerana menjadi cahaya dalam hidup Ibu.. tanpa korang, pasti hidup ibu menjadi sunyi sepi.. Ibu Sayang Korang semua.

6) Terima Kasih Dah.. my beloved sis.. kerana kau sentiasa ada untuk aku bila saja aku memerlukan.

7) Terima Kasih kawan2 dan saudara mara yang lain atas ucapan dan doa kalian... semoga kita semua diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.. Sayang korang semua kerana korang lah penyeri hidup tatkala berjauhan dari keluarga..


Daaaa..... :-))

Saturday, November 12, 2011

.. Miss my Blog....

Rindunya nak update blog tp masa tak mengizinkan nak update buat masa nih..

3 minggu pc rosak, langsung x jenguk fb & blog.. bila dah ok ni.. rasa macam takde mood nak update..

Alhamdulillah, berlalu sudah Hari Raya Aidil Adha.. semoga ibadah korban yang kita sertai tahun ini akan diberkati Allah..

Menjelang cuti sekolah yang tinggal beberapa hari lagi ni, banyak kerja dan program yang nak kena buat..

Insya Allah, ada masa nanti, ai update blog n letak resepi yang kawan2 request di fb ya..

daaa... :-))