Thursday, November 13, 2008

Kek Lapis sebelum balik kampung..

Sabtu ni saya nak balik kampung di Sarawak.. gembiranya hati.. walaupun hanya 4 hari kat sana, tapi memang tak sabar sangat nak balik. Raya lepas pun tak balik, jadi balik sekejap pun jadi lah.

Balik ni pun sebab nak hantarkan anak sulung n yang no.2, Fatin & Ida, balik bercuti dengan mak long sarawak n nenek di sana. Kalau duduk sini pun, saya hantar ke Taska masa kerja, jadi memang cuti sekolah diorang membosankan nanti. So, untuk mengeratkan hubungan dgn nenek yang jarang bersama, langkah menghantar diorang ke kampung masa cuti sekolah ni rasanya memang praktikal...

Jadi, sebab nak bawak balik jugak kek hasil tangan sendiri bagi kat mak, saya pun buat ler kek lapis nih.. separuh dah abis...dimakan...he ..he ..he

Apa pun,.. balik dari sana nanti, pasti ada post yang menarik.. sebab dah lama tak balik kampung. Semestinya banyak perkara berubah.. Tungguuuuuuu...





Wednesday, November 5, 2008

Kek Raya Syawal ini..

Kek Lapis Mutiara, Kek Lapis Pandan & Roll Coklat Strawberi.


Kek Lapis Horlick- Milo & Asam Manis jugak..

Kek Lapis Tembikai, Kek Lapis Asam Manis, Lapis Mocha
& Kek Lapis Pucuk Rebung