Friday, December 28, 2012

~ Permata Untuk ISTERI ~


Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


Sekuat mana pun dugaan yang melanda, aku yakin bahawa ketentuan itu adalah yang terbaik untukku.  Akan aku sujud syukur pada Mu, Ya Allah kerana memberikan sebaik-baik dugaan dalam hidup ini. Kekuatan dan ketabahan yang Engkau berikan ini, memberikan kebahagiaan dalam hati ini. Berikanlah hidayah dan cahaya dalam rumahtangga kami. Kurniakanlah kami sebaik-baik kehidupan di dunia dan lindungilah kami dari sebarang perkara tidak elok...Amin

Saturday, December 22, 2012

~ Warkah buat Si Adam.. ~

WANITA ITU SEDERHANA..
Ia hanya ingin dihargai oleh lelaki yang dicintainya.
Ia hanya ingin dijaga kehormatannya oleh kekasih halalnya.
Ia hanya ingin ketulusan dan kasih sayang yang sesungguhnya.

WANITA ITU KUAT..
Ia mampu tetap tersenyum kala terhiris hatinya.
Ia mampu tetap berharap walau terkadang hanya kebohongan yang didapatkan.
Ia mampu tetap bertahan kala tak sanggup lagi hatinya menanggung beban.

WANITA ITU PENYEMANGAT..
Ia dapat menjadi pendukung sejatimu seumur hidup.
Ia mampu membuat semangatmu kembali menyala ketika engkau mencoba menyerah.
Ia akan tetap mendukungmu untuk terus berjuang dengan belaian kasih sayangnya.

WANITA ITU MUDAH MEMAAFKAN..
Ia akan memaafkan ketika engkau telah membohonginya.
Ia akan memaafkan ketika engkau telah menduakan cintanya.
Ia akan memaafkan ketika engkau telah memarahinya dan memukulnya.
Ia akan selalu memaafkan bahkan ketika khilafmu sudah teramat besar kepadanya.

BUKAN KERANA DIA BODOH..
Melainkan kerana besar harapannya agar engkau kembali pada jalan yang benar.

BUKAN KERANA DIA LEMAH..
Melainkan kerana kekuatan kasih sayang yang ingin ia tunjukkan agar engkau tetap bahagia.

Wanita diciptakan dari tulang rusukmu, wahai kaum Adam.
Maka jagalah kehormatan mereka.
Naikkanlah derajat mereka.
Mereka diciptakan untuk hidup berdampingan denganmu wahai kaum Adam.
Mereka tidak ingin berada diatasmu. Tapi ingin selalu di sampingmu.

Maka hargailah wanita..
Muliakanlah mereka semulia akhlakmu yang engkau contohkan.
Cintailah mereka seperti mereka yang selalu setia mencintaimu.
Bersikap lembutlah kepada mereka kerana mereka adalah bagian dari ragamu.

Dan bimbinglah mereka agar mendapatkan tempat terhormat di sisi Allah iaitu menggapai Redha_Nya.



~ Masih adakah cinta dunia yang seutuh besi yang terpahat di jari... ~


~ Aku bukanlah yang terbaik, tetapi seumur hidupku, pernah dan selalu mencuba yang terbaik untuk menjadi sempurna di matamu... ~ 

Thursday, December 20, 2012

~ Kekasih Allah ~


Tidak mahukah kita menjadi kekasih Allah?
oleh itu, bersabarlah diatas setiap dugaan yang datang..
semoga kita mendapat tempat yang terbaik disisi-Nya.. aamiin..
♥ bagai renungan bersama..





Alhamdulillah,
Alhamdulillah, syukran ya Allah
dari ujian yang Allah berikan pada ai selama beberapa bulan ini...
ai rasa lebih kuat dan hampir melihat jalan keluar yang lebih jelas

Alhamdulillah, syukran ya Allah,
Andai Allah tidak menguji ai, tidak ai tahu sejauhmana ketabahan
hati ai mengharungi hidup ini,
mungkin juga ai terus lupa 
mensyukuri nikmat Allah sepanjang masa.

Ai cuma belajar redha dan tabah dengan ketentuan Allah,
Pahit atau manis itu hanya hal remeh dunia.



xoxo - 



Wednesday, December 19, 2012

Saturday, December 15, 2012

~ T.e.r.s.i.r.a.t ~


Apa yang tersirat dalam gambar, 
itu mungkin yang tersurat dalam hidup ku.... 

Aku tidak pernah meminta-minta kerana aku faham,
namun, 
bila aku sudah meminta, aku tidak mahu lagi faham..

...xoxo..

Friday, December 14, 2012

~ Patah Seribu.... ~



Walau kau tiada di sini
ku tetap ingat semua pesanmu
ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku

Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Patah Seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
kejamnya kau meninggalkan ku dengan nota-nota
cinta buat kita berdua
bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu

kan ku bakar semua
hapuskan semua kenangan

Patah Seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Sayangku mohon pada mu
segera tinggalkanku
pergilah kau ke tempat yang kau tuju
pastia ada hikmah buat mu dan juga buat diriku
pergilah....






me is always me
.... xoxoxo... 


Saturday, December 8, 2012

Extra Work, Extra Money ?

Entry no. 2 hari ni... muahahaha.. betol2 bosan nampaknyer... :-)

Terasa minggu lepas, memang minggu yang benar-benar padat untuk ai.. mana nak buat report untuk meeting, nak buat kek lagi... 

Tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Ai bersyukur atas rezeki yang diberi oleh Allah pada ai.. dan sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik. Amin..

Thanks Zai , order kek hantaran utk adik ipar dia 




Thanks Diana - Cupcakes Untuk Besday & Apam utk Majlis Cukur Jambul Anak dia 

Thanks K Fadzilah - Apam polkadot untuk doorgift adik ipar dia.. 
jauh jalan apam polkadot ni.... Taiping!!


Apapun, terima kasih kerana memberi kepercayaan pada ai.. semoga kita semua dirahmati Allah dan murah rezeki.. Amin


Daaaaa....


Durian vs Dabai

Rindu sama blog ini, plus boring pulak nak kerja petang2 gini eh... en hubby suh update blog ke, buat iklan kek ke, main games ke.. ha ha ha..

Tekak ai 2-3 minggu lepas sangat susah diramal... kejap rasa nak makan buah dabai sangat2 sampai termimpi.. Imagine, berapa lama ai tak makan buah ni.. 3-4 tahun jugak. Sebab last ai balik 2010 tu, tiada musim buah ini pon... hurm... Bila ai dapat durian, rasa nak makan dabai ni kureng lah... he he.. so, sebab kat sini, durian dah start melambak-lambak, jenuh jugak lah ai makan durian sampai agak2 muak. :-P

Then, my dearest friend Dilla, sudi kirimkan buah ni sejauh dari Miri.. (bukan ler ai xleh suruh my parent or my sis kirim, but jarak dan masa yang lama tak sesuai utk buah ni..). Dari Miri pun, ambil masa 2 hari untuk sampai ke tangan ai yg sedang menggeletar tunggu.... ha ha ha..

Thanks Dilla, terubat tekak ai tau....
 2-3hr je ai belasah abis buah ni.

 


Meriah durian ai 2-3 minggu ni.. dengan yang ai beli,
 dengan yg Cik Jun bagi lagi.. he he he.. rezeki2.

Rasa mabuk durian pulak bila sebelum tido je makan sebiji 2 durian. Bila bangun pagi je, ai rasa mcm nak demam.. Apa pun this weekend, ai clearkan rumah dari durian yer.. sebab my other half tak makan, ai yang makan pon pening dengan bau, apatah lagi dia yang x makan durian ini.. 

Don't worry Laling, ai da buat homemade tempoyak utk u.. ha ha ha.. blh buat udang masak tempoyak nanti yer.. :-))

Cukuplah kisah durian vs dabai ai nih... tp ai x cukup makan durian lagi... bersambung ke minggu depan lak makan k.. 

Daaaa.... :-))