Daisypath Friendship tickers

Saturday, March 12, 2011

Flower Basket Cakes - Pandan Flavor

Lepas satu, satu kek aku buat.. dek banyak masa terluang dan kekosongan hari sebab anak2 pergi sekolah. Lagipun nak merayau2 ke JJ or Tesco, rasa mcm malas. Kalau pergi, sudah tentu keluar duit juga.. so, elok berjimat dan duduk kat rumah sahaja..

Bila dah petang sikit, kek Cappucino pun dah tinggal sikit, bagi kawan2 sikit seorang, untuk rasa.. mana tau minat nak order lain kali..

Masih lagi aku guna tepung kek segera.. sebab satu paket tepung tu boleh buat 2 adunan kek, pagi tadi dah satu kek, petang pulak satu lagi kek, tapi kali ni aku perisakan dengan paste pandan koepoe-koepoe (made in Indonesia).

Gambar2 ni ialah kek aku dah keluar dari loyang n sudah sejuk. Aku belah 2 untuk lapikkan buttercream. Sebab mahu pandai teknik deco , so mana2 accessories yang x cukup tu, aku usahakan cari di kedai bahan kek..Kaler kek ni memang menawan hijau nya, sebab guna paste pandan koepoe2 ni xperlu letak pewarna, memang hijau tu menyerlah.

Orang bijak pandai berkata, Practise Make Perfect.. jadi itulah yang aku buat sekarang ni. Setiap kesalahan teknik itu lah yang aku cuba perbaiki.. baik dari segi kesabaran semasa buat bunga mawar, teknik menghias kek dan mengenal peralatan untuk corak tertentu. Walaupun pada yang sudah pandai tu, kek aku ni buruk n takde seni kot.. tapi aku berpuas hati, aku berusaha untuk menjadi lebih baik dan cuba menguasai skil menghias kek. Sebab aku tahu, setiap yang pandai itu, datang nya dari org yang tidak tahu apa2.,tetapi mereka belajar dan berusaha. begitu juga aku.. ;-))

So, dah siap deko kek dan ambil gambar, memang kami2 di rumah ni tidak tunggu lama untuk memotong kek2 praktis ni.. ha ha ha.. terus potong aje dan makan..

Begitulah 2-3 hari ni..asyik buat kek saja. Mungkin kena rehat 2 hari dari buat kek, sebab anak2 mula muak makan kek.. hi hi.. so, project akan datang tu maybe fancy cookies or biskut dulu lah. Kasi reda dulu muak kek diorg nih..he he.. Sorry ye anak2 sebab korang2 kena jadi tester ibu sepanjang hayat.. n thanks to my BFF.. Illa, Maie n K Saba sbb sudi jugak jadi tester kek2 saya.. lgpun dpt free kan.. hi hi hi..

No comments: