Monday, February 28, 2011

Mee Goreng Mamak Style

Niat di hati, pagi2 dah nak pergi ke kedai runcit beli bahan untuk buat mee goreng, so dapat ler sarapan.. sekali pas bangun kul 630 tu, tido balik, terus terbabas ke pukul 830..

Anak-anak ni, kalau time sekolah, liat nak bangun. Kalau time cuti sabtu ahad, awal je bangun.
Bila dah lama bangun, mula lah sorang mengadu kelaparan.. hu hu hu.

So, lepas pergi kedai (nasib baik kedai dekat, seberang rumah je..).. goreng mee goreng Mamak style. Resepi ni dicungkil dari MW tp ai ni kaki alter resepi.. he he


Mee Goreng Mamak Style

bahan2:
A
1 paket mee kuning - celur kejap
10 ekor udang -buang kulit & potong 2
2 batang fishkek - dikerat2
sedikit sayur sawi
satu keping tauhu

B
5 sudu serbuk cili ( ai guna baba's)
5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
4 sudu kicap cair
sedikit air asam jawa

1@2 biji telur
minyak untuk menumis, garam

hiasan
hirisan cili & telur rebus belah 4

cara2:

1. Didihkan secawan air lalu masukkan bawang putih, serbuk cili, kicap cair & air asam jawa.
Kacau sampai wangi dan bau serbuk cili tiada lagi. (ni ialah adunan serbuk cili)
2. Panaskan minyak, masukkan adunan serbuk cili sebanyak 6 sudu dan tumis sampai naik bau.
3. Masukkan pulak udang dan fishkek tadi, biar seketika.
4. Masukkan mi kuning dan kacau sebati. Kemudian masukkan sayur, tauhu dan garam secukup
rasa. bagi yang mmg gunakan serbuk perasa ajinomoto, boleh letak time ni.
5. Akhir sekali pecahkan terlu ke dalam mi dan kacau sampai menjadi pekat dan sebati.
6. Hiaskan dgn hirisan cili dan telur rebus tadi.. (letak telur mata pon boleh...)

selamat mencuba.. pasti anak2 suka.. he he he :-))

Untuk juadah tengah hari, ai masak siakap kukus.. nanti lah i letak resepi.. tu pun i tukil dr internet.. mmg berbaloi untuk dicuba.. he he

Sunday, February 27, 2011

Roasted Beef with Mashed Potato & Fried Broccoli

2 hari lepas dah tak tahu nak masak apa.. tp terasa2 tekak ni roasted beef n mashed potato yang sister in law masak time balik ke Gombak beberapa bulan lepas.. tahun lepas kot.. lama dah, tp dek dia pun ada upload roasted beef kat FB dia, jadi tekak ni macam orang mengidam plaks.. ku korek resepi dari SIL.. then tang tadaaaaa.... ini lah my homemade roasted beef with mash potato.. siram dengan beef & herb gravy.. (yang ni segera,ada dijual di pasaraya n bancuh dgn air panas je..).Roasted Beef:

1 keping daging - perap semalaman dengan Italian Herbs, garam & sedikit olive oil

**olive oil ni utk melembutkan daging

Bakar dlm oven sampai masak. (kali kedua tu, saya goreng tanpa minyak dlm frying pan..)


Mashed Potato:

8 biji kentang - yang putih & comel2 tu..(import punya)
3 sudu makan butter
1/2 cawan susu segar

- Kupas kulit dan rebus kentang sampai lembut (boleh juga kalau x buang kulit tp kena cuci bersih2)
- toskan bila dah lembut, lenyek2 sampai hancur.
- masukkan butter dan gaul rata.
- masukkan susu segar dan gaul rata
- siram dgn kuah gravy.. (selalu nya saya beli yang segera..)

so, selamat mencuba.

Ni malam punya cerita.. he he


yang ni pulak babah's dinner plate.. seharian dia tak makan,.. kesian sungguh.. malam tu balik, ai pulak bg makan roasted beef.. poning kepala dia.. ha ha
cuma kali ni, makan dengan nasi putih dan brokoli goreng dgn sosej.

Fried Broccoli with Chicken Frankfurters

- brokoli
- chicken frankfurter aka sosej
- bawang putih * diketuk
- bawang besar * dihiris
- cili merah * dihiris

cara:
1) panaskan minyak, tumis bawang putih sampai wangi
2) Masukkan sosej n biar seketika
3) Masukkan brokoli, garam, bawang besar dan biar seketika
4) Masukkan cili merah dan angkat..
5) ready utk dihidangkan

** boleh tambah sos tiram jika mahu..

Saya ni kalau boleh mmg nak resepi yang simple n takpayah pening2 cari bahan.. sbb tu semua nya simple2 jer..

Saturday, February 26, 2011

Tapioca Cakes @ Kek Ubi Kayu

Hari tu teringin nak makan ubi kayu rebus dengan ikan bilis.. macam masa kecik2 dulu kat kampung... pergi econsave, cari ubi kayu.. xda.. so xda lah berharap da sbb susah nak cari ubi kayu sekarang ni..

Then di satu petang yang damai tu, mak member terbaekk ai datang mengejut ke rumah.., rupa2nya hantar ubi kayu..tQ ler byk2 acik yer.. besoknya, terus sarapan ubi rebus.. he he
Bagai orang mengidam gaya ai ni, makan pun sket.. tp ubi nyer byk lagi.. nak buat kerepek, ai ni mmg terkenal dgn sikap M.. so, keluar idea nak buat kek.. korek2 resepi dari internet, jumpa resepi kat Myresepi..so hasil nya inilah..
so, untuk kawan2 yang ada tanam ubi kayu tu, boleh lah cuba buat kek Ubi Kayu yer..

Tapioca Cakes @ Kek Ubi Kayu

bahan2:
  • 375g Mentega
  • 150g cawan Gula Halus
  • 5 biji Telur
  • 1½ cawan Tepung Gandum
  • ½ tin Susu manis
  • 1 sudu makan Baking Powder
  • 3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.
  2. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul.
  3. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul.
  4. Masukkan Ubikayu & akhir sekali esen vanilla.
  5. Masukkan sedikit pewarna kuning jika suka.
  6. Griskan Loyang n tuang adunan tadi dlm Loyang.
  7. Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak.


Sedap betul rasanya dimakan panas-panas... hi hi..lain kali boleh buat lagi..boleh dimakan time santai petang2..

Masak Memasak Laksa Utara

Dari semalam dah plan dengan kawan, Illa.. nak tengok cara2 dia memasak Laksa Utara.. maklumlah, en hubby dia pun dari utara nun, so kira2 agak pakar le dia masak laksa compare dgn ai nih.. kalau laksa Sarawak tu, ai boleh la buat..

LAKSA UTARA

Bahan A

  • 1 kilo ikan kembung (bersihkan)
  • 3 sudu makan bwg Merah & bawang putih yg dikisar
  • 3 sudu makan cili kering blender (atau ikut citarasa)
  • Belacan (sebesar ibu jari) * lenyek hancur & campur dgn bwg merah+putih tadi
  • 2 ikat Daun Kesum (ambil daun n btg yg lembut saja)
  • 2 kuntum Bunga Kantan (belah 4)
  • Asam keping (ni ikut citarasa sendiri)
  • Sedikit minyak utk menumis

Bahan B

  • Cili Merah (hiris nipis)
  • Bwg Besar (dimayang halus)
  • Timun (potong2 memanjang)
  • Cili masak atau cili padi (ikut citarasa)
  • Daun Salad
  • Telur Rebus (belah 2 or 4)
  • Laksa Kering atau Laksa basah (sebungkus or lebih)
  • Limau Nipis

Cara-cara

  1. Rebus ikan kembung mentah dan asingkan isi nya dr tulang (air rebusan jgn dibuang).
  2. Blender isi ikan sampai hancur (kalau xnak hancur sgt pun boleh)
  3. Tulang2 pun blender jugak, tp berasingan dg isi, tapis dan ambil hasil tapisan tu). Boleh blender sampai 2x.
  4. Panaskan minyak dlm periuk, tumis bawang kisar, belacan sampai naik bau. Masukkan cili blender tadi. biar seketika. Biar naik minyak.
  5. Masukkan isi ikan yg dikisar tadi, air rebusan ikan serta asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
  6. Masukan pula air tapisan tulang ikan(jgn terlalu halus)utk menambah rase manis kuah.
  7. Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa.
  8. Boleh la dihidangkan dan ditabur bwg besar,timun,cili, limau nipis, daun salad.

** boleh la masukkan ikan bilis blender kalau nak memekatkan kuah yer

Sebab dah tengok cara-cara masak ni, insya Allah, len kali boleh buat sendiri, kalau teringin nak makan.. ;-))

Friday, February 25, 2011

Kek Lapis lagi..

Susah payah nyer buat popcakes.. dgn kerja2 coklat n deco.. relax kepala otak dengan kek lapis..kebetulan seorang kawan order kek lapis cadbury... Alhamdulillah.. ada rezeki time bukan raya ni..

Dah settle kek lapis aku dlm 2jam.. semangat n mood perlu ada,.. penuh tak hengat kek ni dlm loyang.. hu hu.. cecah 1.9kg jugak lah..

pagi2 lagi aku dah ready nak teruskan operasi mengerat kek nih.. he he

he he he.. ni pulak bahagian untuk aku sendiri.. sarapan kek lapis.. jemput kawan2.. :-))

Sunday, February 20, 2011

Popcakes (by myself - 1st time)

Mgu ni saya rajin pulak nak baking..

Popcakes untuk Mai n Yatie... lama dah belajar tp baru nak praktis hari nih...tQ to Ena Popcakes..
kerana sudi ajarkan ilmu popcakes ni pada saya.. he he

mungkin first time buat sendiri, jadi mcm comot sikit n mmg diakui, saya mmg tak kreatif kalau bab deco2 nih.. he he















yang ni popcakes saya mmg nak bagi ex officemate sbg hadiah harijadi dia.. da tak tau nak bagi apa dah..















yang ni plak utk kawan2 di ofis lama, untuk diorg test try rasa.. he he









sebab dah rasa, ada kawan order popcakes untuk makan2 je.. first time buat, dia da suka, ok lah tu.. sebenarnya x confident nak buat utk jual, tp kalau org dah order, takkan nak tolak..so buat la kaler ijau n pink..

tu le, sebab dah lama belajar, otak pun dah berkarat kot.. he he

Saturday, February 12, 2011

Kelas Melapis Kek dengan Kawan2

Baru2 ni, kawan baik teringin nak buat kek lapis sendiri.. ye lah, kalau ada minat, apa salahnya belajar buat kan.. Lagipun, disamping lebih jimat, kita boleh tambah pengetahuan..

Disebabkan waktu memang terhad, nak pick up anak2 di sekolah by 1230 tgahari, masak makan tgahari lagi.. kami mula seawal pukul 8 pagi.. pantas je kitorg buat kerja sbb masing2 pun nak cepat.. Alhamdulillah, Kak Ina saya ni cepat belajar walaupun dia kata dia tak ada basic membuat kuih.. Tetapi bagi saya, yag penting ialah minat masing2.., takde istilah keras tangan ni.. he he

ini lah hasil kerja tangan Kak Ina.. sekian 2 tahun tunggu saya kembali ke Seremban utk menuntut ilmu kek lapis nih..





























So, lepas ni Kak Ina ni boleh lah buat kek lapis sendiri yer..