Friday, September 19, 2008

Award dari K Dee


Best nyer... Dapat Award ni... Terima Kasih K Dee..

Ha.. kecik nya gambor nih... terpaksalah sebab nak post jugak photo ni.. Roll Berlian perisa Stroberi ngan Coklat. Berat 350 gram..

Sunday, September 14, 2008

Kek2 Lapis Utk Kak Dalilah

Kek Lapis Tembikai

Ingat nak buat rupa tembikai, tetapi bijan hitam tidak menyerlah jadi ni "Seedless Watermelon" lah ye...
Kek Lapis Permata Delima
Kek Lapis Horlick-Mocha

Ini adalah beberapa jenis kek lapis yang dibuat untuk K Dalilah di Kuala Pilah. Kek Lapis Keladi n Lapis Pandan tak sempat nak ambik gambar.. Lain kali lah ye...

Program Satu Hari Sabtu


Penatnya,...Semalam seharian melapis kek lapis nih.. akhir nya siap beberapa biji kek yang mana setelah dibahagikan menjadi bahagian kek yang beratnya masing2 400grm setiap satu pack.

Udahler peti ais kat rumah tu kecil je.. letak 15 packing tu dah penuh.. padatkan lagi dengan triple pack punya kek.. bertambah penuh.. Tak apalah.. sekejap lagi pergi ke KP, hantar kek nih.. ada seorang kakak ni nak try market baru @ kek lapis di stesen minyaknya. Alhamdulillah.. rezeki datang tiba2. Mula2 hati ni rasa macam malas je nak buat,takut takde sambutan.. tapi kalu akak tu berani try, kenapa saya tidak berani try.. peluang datang hanya sekali. Selalu ambik order kawan2 opis dan sedara mara je. Kali ini, kuatkan jugak semangat untuk try..

Apapun,.. gembira dengan langkah yang baru nih..Syukur pada Allah yang sentiasa melimpahkan rezeki.. Kata orang.. rezeki anak2 menjelang raya..

Saturday, September 13, 2008

Hadiah Dari K Eda

Best dan seronoklah. Ada orang bagi hadiah ni walaupun tahu blog ni memang tak berapa nak best. Sebab masih baru.. takpe.. akan bertambahlah post yang best nanti. Terima kasih daun keladi pada k Eda, lain kali bg hadiah lagi ye... hahahahahaha..

Friday, September 12, 2008

Sambal Tempoyak Daun Kayu

Semalam niat nak buat kek lapis so urusan memasak untuk berbuka tukar ke beli lauk kat luar, jadi pergi lah ke bazaar ramadhan area rumah dgn kawan2 sepejabat tu. Beli sikit kuih muih buat penyedap mata di meja makan time buka nanti. Tapi dah takde lah dlm gambar, dah selamat dimakan oleh anak2.

Di samping tu, beli lauk kegemaran yang mana diri sendiri memang tak reti nak buat. Kalau buat pun, gerenti tak berapa jadi. Sambal tempoyak daun kayu. Di N Sembilan ni, memang bulan puasa ramai yang jual lauk ni. Sebab selera org berpuasa kan.. tapi dalam banyak2 gerai yang pergi tu, memang pergi satu gerai makcik ni.. lauk memang ok. Dengan rendang kerang pegaga yang memang power lah tu.. Tapi on the way nak balik ke kereta, terserempak pulak orang jual otak2, beli lagi..Tapi sedikit hampa kerana otak2 ni tak menepati citarasa pulak. Biasalah.. bulan Ramadhan kan.. nampak je.. beli. Tu yang jadi malas nak ke Bazar Ramadhan ni. Tapi kena nak masak jugak untuk sahur [walhal niat mula2 tadi, taknak masak]... ha ha ha..masak je lah ayam masak lemak cili api.

Tulah kisahnya lauk dari berbuka semalam sampai ke sahur pagi ni masih ada lagi.. Sempat jugak lah saya bakar kek lapis sebiji selepas berbuka tu.. Nanti tengahari sikit, post kan pulak lah gambar kek tu. Sesudah siap packing nanti. Daaaggggg.........

Tuesday, September 9, 2008

Biskut Sarang Semut & Kek Lapis Keladi

Semalam seorang kawan hulurkan sebalang biskut yang begitu menyelerakan, apatah lagi dia hulurkan tu, time baru masuk ofis.. so tahu-tahulah kalau bulan puasa ni banyak dugaannya.

Sabar je lah.. tunggu sampai balik berbuka nanti.

Time berbuka je, terus rasa.. mmmm memang sedap, terasa coklatnya. Biskut Sarang semut ni memang resepi tersendiri member saya nih.. memang sedap. Yang kat rumah pun dah licin..

Kalau nak order; boleh call/email/sms saya sebelum 19 September nih..

Harga : 50 pcs/balang RM24-00 , 100pcs/balang RM47-00

Kek Lapis Keladi pulak...

Ni last week dah buat nih... sebab tak tahu nak bawak apa untuk mertua, so saya pun buat kek lapis Keladi... masa membancuh tu, memang wangi semerbak lah bau adunan tu..

Kaler dalam gambar ni tak berapa nampak..sebab tangkap gambar dlm lampu yg malap tu..
Lapisan pun tak berapa cantik, macam tulah jadinya kalu kerja nak cepat kan. tapi memang anak2 suka perisa keladi nih.

Menjelang raya nih.. banyak lah melapis kek untuk diri sendiri dan kawan2 yang kat opis tu..

Lain kali saya tepekkan resepi kek lapis keladi, so boleh lah dicuba..

Monday, September 8, 2008

Tag Dari K Deeyana & Abg Rozzan



Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com, juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me , Riezanie2u.blogspot.com, deeyanas.blogspot.com ,rozzan.blogspot.com,firqh-macammacamada.blogspot.com,


Cara cara nak ambik Tag ni..

Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang
Teruskan mencari rakan seramai 5 org..
Setelah mengenalpasti rakan yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka
Lastly, jangan lupa tempek url korang sebelah url yang terakhir tu,..

Dan seterusnya saya nak hadiahkan kepada:

1. dayangkek.blogspot.com

2. idacorner.blogspot.com

3. edazman7376.blogspot.com

4. diadanish.blogspot.com

5. sweetlillykitchen.blogspot.com





Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan



Salam Merdeka dan Salam Ramadhan utk Kengkawan,

Sabtu malam balik ke Gombak sekejap, sebab cuti Merdeka. Lagipun nak bersahur hari pertama Puasa bersama keluarga mertua. Ingatkan nak berbuka di sana hari pertama puasa ni.. tapi tak dapat lah sebab cik abang kena kerja pulak hari ni. So, lepas sahur je, kitorang rehat kejap then baru gerak balik ke Seremban.. Hari ini, 2 anak, Ida & Fatin bersemangat untuk berpuasa.. Alhamdulillah, harap2 puasa sampai ke waktu berbuka nanti.

Oleh kerana kabel kamera tak jumpa2, terpaksa pinjam kawan punya kabel.. So saya tepekkan gambar Biskut Seroja.. untuk dijamu mata, dan sesiapa yang berkenan nak order tu,, silalah order. Tapi, minta maaf lah sebab area penghantaran tu cuma untuk Seremban dan KL sahaja. Kalau nak pos, takut pecah-pecah pulak isi kandungan bila sampai ke tangan pembeli.


Biskut Seroja ni memang susah nak buat sebab kena pakai acuan yang mmg ditempah khas. Berbentuk bunga tulip, refill dalam tu ialah peanut butter.


Harga untuk 50biji - RM30 dan untuk 100 biji - RM57 sahaja.


Untuk order, boleh sms saya di - 019-6631013 (Fir). Penghantaran akan dibuat 2 minggu sebelum raya atau lebih awal mengikut permintaan pembeli.


Oklah.. Selamat Berpuasa untuk semua.