Daisypath Friendship tickers

Thursday, March 31, 2011

Puding Marble Coklat & Kek Pisang

Mula2, thanks pada kawan2 fb yg sudi jenguk blog terpencil ai nih.. x glamer pun blog ni.. he he..

Hari ni ai buat puding marble.. tak berapa cantik corak marble dia.. tp rasa enak yer.. lain kali ai buat lagi n cuba buat lawa2.. Almaklumlah, kita ni baru je nak berjinak2 dgn dunia masak memasak...

Resepi tu ai ikut kat blog kak hana,.. blh tgk kat sini.. thanks sebab share resepi yg marvellous... :-)

Pas tu terpandang pisang yang dah hampir2 terlalu masak dan bakal lembik.. hu hu.. buat lah kek pisang plak..

ni plak ai try resepi dari blog Cik Mat Gebu.. blogger masakan termahsyur abad ini.. he he

Kek Pisang
(Sumber: Cik Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan)


BAHAN-BAHANNYA :-)
115 gram tepung gandum
*
1/2 camca teh soda bicarbonate
*
1/4 camca teh garam
*(*disatukan, gaul dan ayak)
3 biji telur gred B
1 camca teh ovallate
70 gram gula perang (brown sugar)
120 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
125 gram pisang rastali + 1/2 camca teh esen vanilla, dilecek halus
1 sachet Nescafe 3 in 1

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2.5 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang dengan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan kueh baulu). Masukkan pisang lecek tadi, putar rata.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung + nescafe 3 in 1, berselang seli dengan minyak jagung hingga habis, biasanya terakhir adalah tepung. Putar sebati. Kemudian tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar 40 minit atau hingga masak.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek anda telah masak, satu lagi lihat jika kek sedikit mengecut dibahagian tepi2 nya, itu pun salah satu tanda kek telah masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
Terima kasih banyak pada blogger2 masakan ni semua sbb sudi share resepi2 yang marvellous...

Daaa..... :-))

Wednesday, March 30, 2011

Kek Marble Badam...

Semalam buat kek.. sebab terasa nak makan kek.. tp Alhamdulillah.. licin jugak kanak2 rebina ni makan n buat bekal ke sekolah pagi ni..

Panas2 lagi ni.... he he.. utk minum petang..
Then bila my foodtester aka Fatin dah balik dari Kafa.. terus suruh potong sbb nak rasa.. x sabar2.. tp mmg sedap ooo.. makan panas2.. nak2 dgn kopi 'o' or teh 'o' panas.. he he


Kek Marble Badam
(Sumber resepi asal : My Sifu.. Hayati - HananBakery)

Bahan:
250gm butter
200grm gula kastor

4 biji telur ayam (B)

1 sdt Esen Vanilla
220gm Tepung Gandum

30gm air susu
coklat emulco & pewarna kuning
badam cincang secukupnya

Cara:

1. Pukul mentega dan gula sehingga betul-kembang.
2. Kemudian masukkan telur, sebiji demi sebiji sehingga habis. Diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu.
4. Pukul lagi adunan tadi sehingga betul-betul sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian ditambahkan dengan coklat emulco
dan satu bahagian lagi bubuh warna kuning.
6. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
7. Sediakan acuan loyang (8inch) yang telah digriskan terlebih dahulu dengan sedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
8. Ambik 1-2 sudu adunan kuning ditengah loyang. Kemudian letak adunan coklat
diatasnya. Buat begini berselang-seli dan buat hingga adunan habis.
9. Taburkan badam cincang di atas adunan sebelum dibakar.
10. Bakar adunan selama 45 minit dengan suhu 180 C.


selamat mencuba.. daaaa.... :-)

Monday, March 28, 2011

Balik Kampung di KL

Last week lepas settle kek2 lapis, program pas tu ialah menghantar kek2 ini ke destinasi seterusnya.. pada customer.. thanx sbb setia order kat ai.. :-))

Singgah juga kat Gombak, rumah MIL.. nak bg kek marble kukus then nak tinggalkan kek lapis yang SIL order...

Ai ni memang jenis simple, so pagi2 ahad tu pergi ke KL pun pakai baju rumah.. sbb bajet x mahu pergi mana2.. ai siap bawa sebakul baju kotor u.. ha ha..
mesin basuh ai rosak ler.. hu hu hu.. hari2 cuci manual.. nasib baik spin boleh lagi.. Insya Allah ada rezeki, boleh beli baru..

Sampai Gombak je dah tengahari, perut masing2 pon dah lapar, seb baik ai dah bg hint awal2 kat bibik di rumah MIL, kitorg nak datang.. dia pun mcm biasa masak lebih.. Kadang2 dia takut juga nak masak lebih sbb kitorg selalu ckp nak datang.. tgu sampai seminggu pun x muncul2.. sowi yer..

Dah lepak2 bosan pulak, tp nak g ronda2 kl, baju ai pakai cap ayam jer.. xkan nak g ronda2 plak.. ha ha terpaksa lepak je kat umah MIL..

Tapi yang best tu, ai sempat beli durian.. he he yeeehaaaa.. ilang kempunan

beli le secukup rasa.. he he he.. banyak2 pun sapa nak makan.

salah satu kek yang sempat ai snap.. he he.. yang lain2 dok dlm plastik daaa...

kek kukus marble.. ni utk kitorg.. haf lagi reserve utk MIL..

Balik dr Gombak pun da mlm.. malas betul nak buat kerja rumah kalau dah terlelap dalam kereta... hu hu hu

Sekarang da dtg balik musim malas.. tah dapat update ke tidak lagi blog ni next week.. ikut mood..

:-))

Friday, March 25, 2011

Kek Lapis marathon..

Eh eh.. orang pasti ingat ni kek lapis terbaru.. he he.. kek lapis marathon tu ai buat kek lapis sepanjang hari selama 2 hari ni.. adeihhh penat.. malas nak buat apa dah..

so, layan je lah...

sesiapa yang nak order tu boleh lah order kat ai.. he he just add ai di fB.. watieQue..

daaaaa.... :-))

Thursday, March 24, 2011

Popia Simpul

he he... cuaca dah x hujan dah.. Alhamdulillah.. operasi sidai baju secara besar2an 2 hari ni..

Hari ni memang dlm plan nak melapis kek.. order pun nak kena hantar Ahad ni.. adehhh.. sekarang pun malas.. x tahu macamana nak hadap order untuk Hari Raya.. x dpt diingat tahun lepas.. buat kek lapis sampai ke pagi Raya.. nasib baik ada kek untuk diri sendiri.. he he

Semalam pun malas masak, sebuk menjemur baju2an yang berlambak, almaklumlah, askar2 ku ramai.. mana kan tidak melambak baju kalau miss jemur satu hari.. Makan nasi lauk lala sambal cili pun sedap juga, tambah telur dadar lagi.. hi hi.. dah lama x makan lala... mcm tak puas plak.. he he.
Ni lauk semalam.. + ayam goreng jer.. Hari ni pun masak pasta bolognese jer... budak2 pun suka n tak berapa cerewet pasal makanan..

Petang dah melapis sebiji kek Lapis Masam Manis..sambil2 melapis kek tu, masa terluang ai pi lah simpul popia.. lgpun, serunding banyak dlm simpanan.. he he

Setengah jam, hadeh.. baru dapat semangkuk ni, separuh lah jugak kulit popia tu abis.. patut ler rega popia ni mahai.. susah nya nak membuat tu.. he he.. sabor je lah ibu sbb kejap aja abis bila di goreng... hi hi .. xpa lah, buat untuk dimakan kan.. bkn untuk di simpan.. :-))

Malam ni, ai sambung balik projek kek lapis.. kena settle semua kek by malam sabtu ini... harap2 sempat... :-))

Daaaa...

Tuesday, March 22, 2011

Cucur Jagung & Lengkong Pandan

Pagi2 hari mcm biasa, mendung.. malas ai nak menjemur baju... jgn kan menjemur, membasuh pun belum tentu rajin.. hi hi hi

Vroooom... pepagi ni ai dgn cik nani pergi town jap.. nak pergi bank.. then pergi S2 kejap, antar ciskek n cookies buat member tersayang, mai & K Sab.. almaklumlah.. kek ada byk, sapa nak makan.. kalau ai makan sorang.. alamat 2 minggu baru habis n gumuks lah ai nanti..

Sempat juga ai pergi Amore Ebake.. konon nak try buat macarons, so beli lah sikit bahan utk buat cookies n macarons tu.. ehem2.. sampai la ni, tak buat apa pun.. M masih melekat dlm urat nih.

Sampai je rumah, ai dah penat, mula rasa malas nak masak nasi.. lagipun semlm anak2 bukan makan nasi pun.. hu hu hu.. sayang betul nasi terbuang...

So, plan nak buat cucur jagung...ambik anak kat tadika, singgah kedai depan rumah, beli bahan2. Then nampak pisang, hati teringin nk try buat kerepek pisang.. tp mmg xda rezeki ai, pisang semua masak,tp xpe.. lain hari i pergi melawat lagi... Then nampak org jual kuih pau..nak beli jugak.. ni semua ikut tekak ni.. hu hu hu

Balik je rumah, terus try buat cucur jagung... resepi tu ai cedok kat blog kak nor ..
Tapi nak jugak2 sesuaikan dengan tekak anak2, kena lah alter sikit2.. sikit je.. huk huk. Rasa nya memang marvellous.. tQ K Nor..

CUCUR JAGUNG

1 cawan isi jagung (ai guna jagung dlm tin.. he he)
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1bj telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam

1 sudu teh gula (ai tak bubuh sebab jagung dlm tin tu sedikit manis..)
daun saderi ~ dihiris (ai x masukkan, xda stok)

daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang (** ni ai blender.. anak2 kalau nampak, memang x makan terus lah cucur ai ni)
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
(** ni ai blender jugak)
3/4 cawan air
minyak utk menggoreng


1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..

Lepas tu teringat pulak hati teringin nak makan lengkong pandan.. sorry yer, tekak ai ni mengalahkan ibu2 mengandung.. semua terlintas dlm pikiran, semua teringin.. :-)) sempat buat Lengkong Pandan.. mula2 ingat x menjadi.. hu hu,, alhamdullilah.. menjadik tau.. thanks to AlongRoz,..(Resepi lengkong ni ai ambek dari blog dia..)
*actually resepi dia dlm versi omputih.. i translate ikut pemahaman ai ler ye..

Lengkong Pandan

1 paket Agar2 (13g)
1 liter air
250g gula
6 daun pandan
- kisar dgn sikit air utk dptkan jus
1 biji kelapa
--> dapatkan 1 cawan santan pekat (p/s: ai guna santan kotak 250ml)
2 biji telur ayam
Pewarna hijau
(optional) * ai tambah sikit pandan paste

CARA:
1. Masak agar2 dengan air tadi sampai hancur.
Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur

2. Pukul telur, santan, jus pandan & pewarna tadi. (ai pukul guna whisk sahaja, sbb bkn nak pukul mcm pukul adunan kek).
Masukkan ke dalam agar2 yang mendidih tadi. Kacau rata.

Masukkan ke dlm loyang/ acuan agar2 korang. Sejukkan pada suhu bilik.

Last sekali, sejukkan dlm peti sejuk.. nyum2..

memang yummy desert ni n tak manis sangat..

So, kesimpulan tu, ai memang happy sebab mencuba resepi dari blogger lain dan hasilnya sangatlah memuaskan hati,... marvellous gitewww...

Daaaa... :-))

Monday, March 21, 2011

BlueBerry Chilled Cheesekek

Pagi2 ni bangun awal. Anak2 dah mula sekolah... klung klang, klung klang, ibunda diorg ni kat dapur, goreng mee ala mamak buat bekal n sarapan.. he he..mana nak dapat mcm ni kalau ibu ni pergi kerja mcm setahun yang lepas.. so, enjoy ye kids..

Lepas hantar anak2 ke sekolah n tadika, teringat ciskek ku dlm freezer. Dari semlm lagi... so pagi ni dah boleh makan lah.. he he.

comot lah nampak nya, ni gara2 malas nak tekan n ratakan elok2 dlm loyang...

dah kerat untuk my breakfast this morning.. he he.. chaiyok lah.. pepagi mkn cheesekek.. jgn meng'gumuk's kan badan dah ler..

Blueberry Chilled Cheese Cake

(sumber asal resepi: Suri Man)


Tapak:

230grm digestive biscuit (kisar halus)

115 gm butter (cairkan)

** campurkan 2 bahan ni biar betul sebati dan tekan kedlm loyang.
Sejukkn selama 15-20 minit dlm peti sejuk.



lapisan cheese:

250gm cream cheese

50gm gula castor

200ml whipped cream

15gm gelatin

perahan jus lemon

80gm air sejuk


1. Masak gelatin dan air secara double boil.

2. Pukul cream cheese smpi kembang, masukkn gula dan pukul lg

3. masukkn whipped cream dan pukul lg

4. Masukkn adunan gelatin td, dan kacau sebati

5. Tuangkn ke dlm loyang yg ada base td.
6. Sejukkn sebentar sementara bt lapisan jelly




lapisan jelly:
(p/s: ** ai terus bubuh je jem blueberry.. ai ni malas punya olang
)


blueberry filling ( 1 bekas kecil)

15gm gelatin dan 80gm air


1. Masak gelatin dan air secara double boil

2. Campurkn adunan gelatin ke dlm blueberry filling.

3. Kacau sebati dan tuangkn keatas lapisan cheese td.

4. Sejukkn smlm.


he he.. hari pun dah ujan lebat.. so mata pun mula layu nih.. daaaaa... :-))


P/S: sekarang tepung segera chilled cheese pun dah ada di jual.. lagi senang tau.. he he

Sunday, March 20, 2011

Ahad yang Sejuk

Sama seperti semalam.. hujan dah turun seawal pukul 7 pagi.. hadeh... baju banyak di jemuran.. apa nak buat kan.. Hujan itu Rahmat dari Allah..

Cik Nani kita ni boring dan muak dah tengok tv.. nak main kat luar rumah pun, hari hujan n halaman tepi rumah lecak.. kesian dia, tengok kartun sampai tertidur..

Sebab dah masak nasik lemak dlm kuantiti yang banyak pagi2 tadi.. tgahari pun makan juga nasi lemak lauk sardin.. bkn apa.. penat nak masak byk kali.. hehe he he he.. anak2 pun xda byk karenah pasal makan..

Belah petang duduk relax2 sambil gosok baju2 sekolah anak2.. En Hubby mcm biasa.. jauh nun di JB.. huk huk huk.. bila lah projek kat sana nak habis..

Terpikir nak buat biskut n try oreo cc dari sorang blogger ternama.. he he CMG.. so, layan je la gambar.. nak suruh rasa, x dapat lah kot..

siap sebalang.. untuk stok time boring2.. mesti x lama ni.. ha ha ha.. sehari je settle nih..

Try jugak buat Oreo CC.. walaupun rupa cc aku ni x cantik n gebu.. tp rasa cc ni memang marvellous.. he he he

untuk makan malam plak.. tapau je lah kot.. Ns Goreng Pattaya kegemaran anak2..

Daaaaa... :-))

Saturday, March 19, 2011

Singgang Ikan Kembung

Hari ni dah Sabtu, tinggal satu hari je lagi kanak2 rebina kat rumah ni nak p sekolah balik.. setelah meriah selama seminggu kat rumah, sampai penin ibunda diorang ni.. hu hu.. Minggu depan start ler sunyi balik siang2.. Kalau bising2 pun malam2 jer.. ha ha..

Awal pagi hari dah gelap, tapi belom hujan.. pukul 10 pagi, hujan renyai2 dah mula turun.. terus ilang mood nak ke Citypark belah petang.. nasib baik x umumkan kat diorang2 ni plan tu.. Kalau tidak, diorg akan menuntut sampai dapat pergi ke Citypark.. Selamat ai... hi hi hi

So, sebab dah stay saja kat rumah, kena lah masak jugak.. hi hi hi. Tapi, mcm biasa, ibunda yang rajin2 malas ni, masak yang simple banget, janji kanak2 rebina ni semua suka n makan kenyang..


Singgang Ikan Kembung (Versi aku sendiri - Tumis)
  • 5 ekor ikan kembung (bersihkan, digaul dgn kunyit)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 3 biji bawang merah (dihiris halus
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam gelugor aka asam keping
  • garam dan gula sesedap rasa
  • cili padi (kalau nak bg pedas lah..)
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumiskan bahan yang dihiris tadi, sekali dengan serai yang diketuk tadi. Biarkan naik bau.
  2. Masukkan pula ikan kembung yang digaul dgn kunyit tadi ,sekali masukkan asam gelugor . Gaul kejap.
  3. Masukkan pula air secukupnya, biar ikan tu ditenggelami air. Bila dah agak mendidih, perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. Ketuk cili padi dan masukkan ke dalam masakan.
  4. Sudah sedia untuk dihidangkan.
Dah settle lauk ikan, teringin pulak nak makan sayur kacang panjang tumis dengan udang kering.. he he.. layan ja la yer.. ni oversimple.. so buh gambar je lah.. he he

So, dah malam, lauk siang pun dah licin.. kena lah goreng2 aja... nugget, sosej & fries je untuk dinner.. nak buat oreo cc pun, stok oreo xda.. kalau 'ter'lebih rajin la nanti, boleh lah buat Biskut German lagi.. he he.. sedap banget..

Daaaaa.... :-P

Udang Masak Tempoyak



Udang Masak Tempoyak
  • 15 -20 ekor udang sedang
  • 10 biji cili padi (kalau nk pedas boleh tambah)
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai - diketuk
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam & gula

Cara-cara

  1. Tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit tadi sampai lumat dan hancur.
  2. Gaulkan tempoyak tadi dengan bahan tumbuk biar sebati.
  3. Masukkan bahan tumbuk yang sudah digaul dgn tempoyak ke dalam periuk berisi air. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian, masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan biarkn mendidih seketika lagi.
  5. Akhir sekali, masukkan serai, daun kunyit dan udang dan biarkan mendidih seketika dan boleh la tutup api...
Note: kalau nk kuah banyak, boleh la tmbh air lagi...

Daaaaa.... :-))

Sup Bebola Ikan & Ayam

Yeay... Last Thursday, my hubby is coming back to Seremban for 2 days.. We miss him so much.. 2 hari jugak kitorg masak yang special, sebab mr Hubby pun cakap da boring makan kat kedai.. he he he..

Kitorang masak siakap kukus, butter prawn, sup bebola ikan+ayam & tempoyak udang. semua ni kegemaran mr Hubby.. segala macam makanan saya longgokkan kat depan dia, biar puas hati, biar pun balik hanya untuk 2 hari tapi dapat merasa masakan ms wife kan.. he he

untuk resepi siakap kukus n butter prawn tu, semua dah letak kat blog ni.. blh klik je kat label tepi nih..

Saya masak memang sangat simple tapi nak jugak bubuh resepi,.. hua hua hua, yang penting sharing is loving yea... :-))

Sup Bebola Ikan dgn Ayam
Bhn:
1 Paket Bebola ikan
5 ketul ayam (saya suka part yang ada tulang - asingkan isi dgn tulang ayam)
3 biji kentang ( kupas kulit n belah 4)
Sebatang carrot ( kerat bulat)
Satu paket sup bunjut
2 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis

3 biji Bawang Merah *
3 ulas Bawang Putih *
1 inci halia *
* - tumbuk halus

Garam
Daun sup secukupnya

Cara2:

1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumiskan bahan tumbuk tadi sampai wangi.
Masukkan pula bunga lawang & kulit kayu manis. Biarkan seketika.
2. Masukkan bebola ikan dan ayam tadi. Kacau dan biar seketika.
3. Masukkan pula carrot dan kentang. Masukkan air secukupnya
4. Masukkan pula garam secukupnya. biar mendidih dan kentang empuk.
5. Last sekali letak daun sup dan biar seketika.
Sedia untuk dihidangkan....

apapun, anak2 memang suka... licinnnnn.....


Daaa... :-))

Biskut German

Tak abis lagi cerita hari Rabu lepas tu. ha ha ha

Lepas sudah settle buat cupcakes dengan anak2.. terpikir nak try satu resepi yang saya tengok kat Blog Cik Mat Gebu (CMG)..., biskut German.. sedap tau..

Thanks to CMG sbb share resepi yang sedap tu.. he he he

tak mau cerita panjang2... memang marvellous rasa biskut ni.. sekali buat, boleh habis terus kitorang ngap...

ni resepi dia..

Biskut German @ German Cookies

(Sumber: Cik Mat Gebu @ DTS)

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi
125 gram tepung kentang
80 gram tepung halus
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak, CMG ada letak, sy pun ikot CMG yer)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit.
(CMG tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing).

Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....


Selamat mencuba yer.. sodap tau..