Daisypath Friendship tickers

Tuesday, April 19, 2011

Karipap Sardin

Haluuuuu... ai dtg rajin lah hari ni. Kalau x gambar makanan or gambar anak2, paling tidak pun ai update blog dengan gambar jongkong emas.. hua hua hua

Hari Ahad dah puas berehat.. tp malas nak update blog. Lgpun mr Hubby guna pc untuk buat report. Macam dulu2, bila site dah start tapi office belum ada.. my SOHO ler menjadik back-up.
Ai siap dapat printer baru lagi.. dek power cable printer lama dah hilang Kitorang mencari cable dari Penang sampai ke Ipoh, then carik lagi kat Seremban... tak jumpa jugak sparepart tu. Final alternative ialah, kitorang beli printer baru..

So, ni Isnin punya cerita.. mr Hubby kena settlekan report utk hantar hari ni ler.. Selasa. Ai pas pergi antar anak2 pg skul, terus kemas rumah, then pg Singapore..(street)...beli plastik kek. Sbb ptg nak kurier kek lapis pada member di Bedong, Kedah.

Selalu ai masak yang simple2 jer utk lunch.. tp sbb semlm, bkn takat ai & anak2 jer yg nak makan tgahari.. ada mr hubby.. so masak ler telor dadar, ayam goreng & siakap goreng kuah tomato.. kih kih kih.. tunjuk rajin sat na.. (mana tahu dpt duit dapur lebih pas ni..)

siakap goreng & kuah tomato

Dah petang2 sikit, perut terasa plak lapar.. hu hu.. takkan ai nak makan nasik lagi.. gumuks lah ai nanti.. :-))

So, ai pun uli ler karipap inti sardin campur kentang.. wow.. gambar karipap blom goreng ni nampak menyelerakan. Tp kan, kulit ni rasa tawar.. ha ha ha.. sbb time ai uli tu, garam rupa2nya dah abih.. stok simpan pun xda.. adessss...seb baik ada inti yer karipap ni..so xda lah terasa tawar nya..
(moral: pastikan garam anda cukup sebelum memasak.. he he he)

nampak ada 2 saiz kan.. sbb ai da beli satu acuan karipap yang baru.. tp sayang sungguh, acuan baru ni saiz besar .. gedabak besar lah.. tp tepi tu terkelim elok, tak terbukak pun time goreng..len kali carik saiz acuan mcm ni yg sedang2 kat kedai lain..

ni acuan lama ai.. kecik n sedang2 elok jer saiz nye..

ni acuan yang baru.. besar tp kelim tepi tu elok, tak terbuka time goreng

Karipap Sardin

Kulitnya

1kg tepung gandum

4 sudu makan majerin planta

1 sudu makan minyak sapi (kalau tak suka, x pyh letak)

80 ml minyak masak .......

(majerin & minyak sapi dicairkan & campur dgn minyak masak)

350 ml air hangat

1 sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:

Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen).

Tuang ketiga2 minyak tadi ke dalam tepung dan gaul rata.

Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi

doh yg lembut tapi jgn lembik.

** Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.


Inti Kentang & Sardin

800 gm kentang (kupas kulit, didadu, lalu direbus ¾ empuk dgn sedikit garam)

4 biji bawang besar (dipotong dadu)

6 sudu besar Cili Kering Blender (bancuh dgn sedikit air)

1 tin Sardin

secukup minyak untuk menumis

1 sudu teh garam

sedikit daun sup/bawang

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali.

Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu.

Kemudian masukkan cili kering blender tadi dan biarkan sebentar hingga cili masak dan naik minyak.

Masukkan pula sardine, hancur2kan dan kacau sebentar.

Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula.

Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala.

Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk kentang empuk.

Bila kentang dah empuk sepenuhnya,

masukkan daun sup/bawang dan gaulrata.


Sejukkan inti sebelum digunakan.



Daaaaaaaaa... ;-p

No comments: