Daisypath Friendship tickers

Sunday, April 10, 2011

Daging Masak Merah & ikan terubuk Masin

Ni khamis punya cerita.. he he he... x buat apam polkadot dah.. penat.

Hari tu ai masak daging masak merah, actually kat rumah ni, kitorang jarang makan lauk daging lembu.. bila raya je kitorang makan. Tah kenapa tah.., mgkin mmg xsuka daging kot.. he he

Tp hari tu, pasal apa ai beli sikit pun ai tak tahu.. dah beli tu kena la masak pulak.. hehe.. so ai buat ler daging masak merah..

Daging Masak Merah (sumber :http://www.jintanmanis.com)

Bahan-bahannya

400 gram daging
8-10 tangkai lada kering (saya guna 4 sudu makan cili kering blender)

1batang kulit kayu manis
1/2 biji bawang besar ( bahagi dua bahagian) satu bahagian di kisar , baki dihiris kasar.


1 biji bawang putih

2 sudu besar sos cili (saya add 1 sudu besar sos tomato)


2 inci halia
1 sudu kecil gula & garam secukup rasa

( beberapa titik pewarna merah)- guna sirap ros je., tak nak letak pun takpe.


Cara-caranya

1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apab
ila di rebus.

2.kemudian rebus daging bersama halia, bila air daging agak kering baru masukkan pewarna merah, rebus daging hingga empuk. ( jangan risau daging tidak akan berbau sirap apabila di masak nanti). Pewarna merah bagi menaikkan seri warna daging ini nanti.


3. Kisar cili kering bersama bawang putih dan 1/4 biji bawang besar saiz sederhana, kemudian tumis kulit kayu manis dan bahan kisar tadi hingga garing, masukkan sos cili, garam dan gula, masukkan sedikit air jika ingin berkuah, Selepas itu masukkan daging yang siap direbus tadi, akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar dan apabila bawang agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Oh ya, sedap jugak sekali sekala makan lauk yang kita jarang makan ye.. Asyik ayam n ikan je..

So, belah malam tu kitorg keluar ke Bukit Mahkota kejap.. nak ambil barang.. baekkk punya.. jeng jeng jeng.. lama dah tgu org dari Kuching dtg sini.. nak kirim.. baru2 ni ada ex-schoolmate balik ke Sarawak kejap.. so kirim lah...ikan terubuk masin..

betul2 fresh... thanx to kak tuty

So, 2-3 hari ni, lauk yang mesti ada ialah terubuk masin goreng.. he he .. sodap..

daaaaaa...... :-))


No comments: