Daisypath Friendship tickers

Friday, April 8, 2011

Apam Polkadot

Selasa lepas, ai buat apam polkadot, yang glamer tu.. he he. Sodap... anak2 pun suka. ai plak buat kecik2 jer.. sekali ngap je lah ke mulut budak2 nih..




Resepi asal ai ambil dari sini je (blog k Hana) .. mana yang rakan di Fb, blh tgk kat nota... :-)

Apam Polkadot (Sumber :http://hanamemories.blogspot.com)

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus -
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) * ai tukar dgn inti kacang merah & peanut butter.
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE :
  • Guna api sederhana je semasa mengukus yer.
  • Letak esen vanila utk mengurangkan bau telur.


Nak dijadikan alkisah apam nih.. anak sulung n ke 2 ni rajin bekal kuih2 ke sekolah. ibunda diorg ni memang tau sangat dah, mesti nak jamu kawan2.. ha ha.. so, ibu pun ckp ler.. kalau ada lah kawan sekolah tya, if ibu ada ambik tempahan x, bgtau.. yg ni rega nye ... sen sebijik, ok.

Lepas tu, Rabu, Khamis & Jumaat..hari2 ai dok membuat apam blossom ni.. betul2 suka diorang ni dgn apam polkadot nih.. tp semua request inti kacang merah.. inti lain x suka.. apa pun, anak2 ai memang pandai buat marketing.. ha ha

daaa... :-))

No comments: