Daisypath Friendship tickers

Saturday, August 6, 2011

Tiada Penggunaan Butter GOLDEN CHURN

Sejak 2-3 bulan yang lalu, kecoh pasal butter Golden Churn mengandungi DNA oink2. Dan, kenyataan rasmi telah di keluarkan dalam BH, Rabu 3 Ogos 2011 dan mengesahkan ianya memang mengandungi dna oink2.

Sebagai pengusaha kek lapis Sarawak yang beroperasi dari rumah secara kecil-kecilan, di sini ai nak memaklumkan bahawa kek lapis dari Watie Que's Kitchen tidak menggunakan sebarang produk Butter GOLDEN CHURN. Walaupun butter ini disahkan HALAL sekalipun, memang ai tidak menggunakan butter ini sebagai bahan kek kerana kos butter ini tersangatlah mahal jika dibandingkan dengan butter tempatan buatan Malaysia...:-)), dimana ai hanya menggunakan Buttercup sebagai bahan utama.


~ mencari yang halal itu satu Fardhu setiap muslim ~

** di sini, ai juga nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada pembeli2 sampel kek lapis, biskut raya & kek lapis Sarawak sepanjang bulan Julai 2011..**

Daaa... :-))




No comments: