Daisypath Friendship tickers

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan



Salam Merdeka dan Salam Ramadhan utk Kengkawan,

Sabtu malam balik ke Gombak sekejap, sebab cuti Merdeka. Lagipun nak bersahur hari pertama Puasa bersama keluarga mertua. Ingatkan nak berbuka di sana hari pertama puasa ni.. tapi tak dapat lah sebab cik abang kena kerja pulak hari ni. So, lepas sahur je, kitorang rehat kejap then baru gerak balik ke Seremban.. Hari ini, 2 anak, Ida & Fatin bersemangat untuk berpuasa.. Alhamdulillah, harap2 puasa sampai ke waktu berbuka nanti.

Oleh kerana kabel kamera tak jumpa2, terpaksa pinjam kawan punya kabel.. So saya tepekkan gambar Biskut Seroja.. untuk dijamu mata, dan sesiapa yang berkenan nak order tu,, silalah order. Tapi, minta maaf lah sebab area penghantaran tu cuma untuk Seremban dan KL sahaja. Kalau nak pos, takut pecah-pecah pulak isi kandungan bila sampai ke tangan pembeli.


Biskut Seroja ni memang susah nak buat sebab kena pakai acuan yang mmg ditempah khas. Berbentuk bunga tulip, refill dalam tu ialah peanut butter.


Harga untuk 50biji - RM30 dan untuk 100 biji - RM57 sahaja.


Untuk order, boleh sms saya di - 019-6631013 (Fir). Penghantaran akan dibuat 2 minggu sebelum raya atau lebih awal mengikut permintaan pembeli.


Oklah.. Selamat Berpuasa untuk semua.

No comments: