Daisypath Friendship tickers

Friday, August 29, 2008

Benar-benar mencabar...

Hari ini, selepas habis waktu kerja terus saja bergegas balik ke rumah. Bukan nak balik kampung sempena cuti Merdeka dan Awal Ramadan, tapi Cik Abang nak pergi balik ke tempat kerja lepas hantar saya balik rumah.

Selepas siap mandi dan rehat-rehat sekejap, saya memulakan operasi membuat blog saya. Nak tambah feedjit, nak letak shoutbox.. berjam lama nya saya buat tutorial cara-cara nak letak tu.. kelakarnya saya nih.. almaklumlah baru bertatih nak buat blog. Semalam pun dah melawat abg2 dan kakak2 laman maya nih.. nak mintak izin linkblog mereka. TQ pada Bro Rozzan, K Dee n K Dayang (My Sifu Master) sbb bagi saya link ye.. Dan tak lupa pada kawan saya yang giat aktif buat bisnes diet online... Nur @ ida. Dia lah pemangkin saya nak buat blog nih...

Sekarang nak upload gambar2 biskut raya belum dapat lah sebab kabel kamera dah missing in action.. so harap2 isnin depan ni dapat lah tepek kan photo2 tu semua.

No comments: