Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Sekuat mana pun dugaan yang melanda, aku yakin bahawa ketentuan itu adalah yang terbaik untukku. Akan aku sujud syukur pada Mu, Ya Allah kerana memberikan sebaik-baik dugaan dalam hidup ini. Kekuatan dan ketabahan yang Engkau berikan ini, memberikan kebahagiaan dalam hati ini. Berikanlah hidayah dan cahaya dalam rumahtangga kami. Kurniakanlah kami sebaik-baik kehidupan di dunia dan lindungilah kami dari sebarang perkara tidak elok...Amin