Daisypath Friendship tickers

Saturday, May 28, 2011

Ikan Masin Goreng Asam..

Hari ni, dah start cuti sekolah... hu hu.. 2 minggu lah ai relax dari menjadi pemandu kanak2 rebina ke sekolah.. cuma perlu hantar mengaji sahaja sebelah pagi.. kalau time sekolah, tu additional trip lepas sekolah agama petang.. he he he..

Kalau sudah seharian di rumah, memang lah kena masak.. hari2 pun masak, cuma lepas masak je, kena cepat isi lunch box dan hantar ke sekolah anak2.. hari ni, masak pun lenggang lenggok jer.. x rush..

Kalo dah tak rush, memang hobi ai nih, masak dan snap.. pas tu upload gambar kat FB.... apa pun, janji ai bahagia..

Anak2 request ayam masak kicap.. so, ai layan kan ajer.. ha ha.. lg pun senang, campak2 jer, siap terus makan. Tekak ai plak lepas belek2 buku resepi Chef Hanielliza, gatal nak makan ikan masin goreng asam.. adess.. seb baik ada stok ikan masin, walaupun cuma jeruk ikan tenggiri.. kira ok lah tu.. :-))

Ikan Masin Goreng Asam
(sumber: 1 Hari,1 Resepi, Chef Hanielliza)

300gm isi ikan talang (ai tukar ikan tenggiri masin, xda stok ikan lain)
1 labu bawang besar (dimayang)
2 biji cili merah (dimayang)
10 biji cili padi (dibelah 2)
1/2 cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak

1. Goreng ikan masin ssampai garing dan ketepikan.
2. Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bawang besar, cili merah dan cili padi sampai layu.
3. Masukkan air asam jawa dan tunggu mendidih.
4. Masukkan ikan masin goreng tadi dan kacau rata.
5. Sedia utk dimakan.

Senang kan... mudahnya memasak..

ayam masak kicap.. kegemaran kanak2 rebina kt umah ni

ok lah.. sehingga berjumpa lagi di mgu hadapan.. ha ha ha .. kalo rajin nak update..

Daaaa... look yummy, definitely yummy.. - watie Que's kitchen :-P

No comments: