Kek yang ni pulak hasil dari balance adunan selepas buat kek ija n Abg Din (Kawan Opis Asben). Lapisan pun tak tersusun ikut kaler tapi boleh lah. Nak buat tambah kek untuk seorang insan yang baik hati dari Nilai, yang mana telah membantu saya masa saya accident time nak balik ke Sarawak tempoh hari. Susah payah dia menghantar saya dan anak2 ke LCCT dek kereta kami dah tak boleh bergerak. Terbabas masuk roundabout.. hujan dan jalan licin punya pasal. Sampai ke hari ni pun, kereta masih di bengkel. Harap2 minggu depan dah siap, sebab susah nya takde kereta ni. Nak pergi mana2 pun payah... So, harap Shamsina dari Yamagata(M) Sdn Bhd dapat kek dia hari ni.. Oleh-oleh utk Hari Raya AidilAdha..
Friday, December 5, 2008
Kek Mutiara Strawberi-Coklat Utk Hantaran
Kek Lapis Mutiara ni saja je tukar perisa jadi coklat-strawberi.. sebab kawan yang nak tu tak kesah perisa apa, janji siap pada hari yang dia nak. Siap solek lagi gitu.. Katanya nak buat hantaran adiknye bertunang Ahad nih.. Thanks ye Ija (Pun regular customer nih..)
Wednesday, December 3, 2008
Kek Lapis Lagi...
Kek Lapis nih semuanya orang order.. ada yang untuk makan saja n ada yang nak diberikan pada org..TQ pada kawan2 yang order ye...
Kek Untuk Zaharah (Budak Opis )
Kek Untuk K Gee (Jiran Sebelah) - 2 biji
Kek Untuk K Gee (Jiran Sebelah) - 2 biji
2 Kek Lapis yang kat bawah ni untuk Normee dari Gerik, Perak..(memang regular customer nih)...TQ Normee.
KEK LAPIS STRAWBERI-COKLAT - 1kg
KEK LAPIS KELADI - 1kg
So.. untuk post yang menarik dari Sarawak tu, kena lah tunggu Kak Long saya emailkan gambar dalam laptop dia...
Minggu Yang Sibuk...
Balik je dari kampung, memang sibuk kat opis. Nak update pun tak sempat, apatah lagi gambar2 yang ambik kat sana tu semua download kat laptop kak long. Dia pun belum emailkan semua gambar2 yang menarik utk dipostkan di sini.. cuma satu gambar yang ada utk post kali nih.
Gambar anak lelaki yang tinggal dengan family di sana.. Qayyim Hafizuddin. Duduk ngan Mak Long (kakak saya)... sejak kecil lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)