Daisypath Friendship tickers

Friday, March 11, 2011

Siakap Kukus

Hari ni buat kek sponge pandan, tp entry kali ni nak bubuh resepi siakap kukus brokoli. Tak tahu dah nak masak apa.. tp ex officemate nak dtg ambek kek, sekali lunch lah yer.. he he..so masak yang paling simple n cepat dimasak..


siakap kukus (Sumber: Myresepi.com)

1 ekor ikan siakap
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah

Sos
* 3 camca besar jus limau kasturi
* 1 1/2 camca besar minyak masak
* 1 1/2 camca teh gula
* 1/2 camca teh garam
* 5 - 10 biji cili padi, dihiris
* 2 batang serai, dihiris halus
* 1 helai daun limau purut, dihiris halus
* 1/2 inci halia muda. dihiris halus
* 2 ulas bawang putih, dihiris halus
* 1/2 camca teh tepung jagung
* 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi (optional)

kalau nak tambah:-
1 batang lobak merah
brokoli ikut byk yg kita nak makan

Cara-cara

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.

Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.

3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
kalau nak tambah, boleh masukkan 1 batang lobak merah (kerat bulat) & brokoli ikut byk yg kita nak makan.

4. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.

4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.




So, selamat mencuba ye..

No comments: