Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Masakan Ikan. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ikan. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Singgang Ikan Kembung

Hari ni dah Sabtu, tinggal satu hari je lagi kanak2 rebina kat rumah ni nak p sekolah balik.. setelah meriah selama seminggu kat rumah, sampai penin ibunda diorang ni.. hu hu.. Minggu depan start ler sunyi balik siang2.. Kalau bising2 pun malam2 jer.. ha ha..

Awal pagi hari dah gelap, tapi belom hujan.. pukul 10 pagi, hujan renyai2 dah mula turun.. terus ilang mood nak ke Citypark belah petang.. nasib baik x umumkan kat diorang2 ni plan tu.. Kalau tidak, diorg akan menuntut sampai dapat pergi ke Citypark.. Selamat ai... hi hi hi

So, sebab dah stay saja kat rumah, kena lah masak jugak.. hi hi hi. Tapi, mcm biasa, ibunda yang rajin2 malas ni, masak yang simple banget, janji kanak2 rebina ni semua suka n makan kenyang..


Singgang Ikan Kembung (Versi aku sendiri - Tumis)
  • 5 ekor ikan kembung (bersihkan, digaul dgn kunyit)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 3 biji bawang merah (dihiris halus
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam gelugor aka asam keping
  • garam dan gula sesedap rasa
  • cili padi (kalau nak bg pedas lah..)
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumiskan bahan yang dihiris tadi, sekali dengan serai yang diketuk tadi. Biarkan naik bau.
  2. Masukkan pula ikan kembung yang digaul dgn kunyit tadi ,sekali masukkan asam gelugor . Gaul kejap.
  3. Masukkan pula air secukupnya, biar ikan tu ditenggelami air. Bila dah agak mendidih, perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. Ketuk cili padi dan masukkan ke dalam masakan.
  4. Sudah sedia untuk dihidangkan.
Dah settle lauk ikan, teringin pulak nak makan sayur kacang panjang tumis dengan udang kering.. he he.. layan ja la yer.. ni oversimple.. so buh gambar je lah.. he he

So, dah malam, lauk siang pun dah licin.. kena lah goreng2 aja... nugget, sosej & fries je untuk dinner.. nak buat oreo cc pun, stok oreo xda.. kalau 'ter'lebih rajin la nanti, boleh lah buat Biskut German lagi.. he he.. sedap banget..

Daaaaa.... :-P

Friday, March 11, 2011

Siakap Kukus

Hari ni buat kek sponge pandan, tp entry kali ni nak bubuh resepi siakap kukus brokoli. Tak tahu dah nak masak apa.. tp ex officemate nak dtg ambek kek, sekali lunch lah yer.. he he..so masak yang paling simple n cepat dimasak..


siakap kukus (Sumber: Myresepi.com)

1 ekor ikan siakap
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah

Sos
* 3 camca besar jus limau kasturi
* 1 1/2 camca besar minyak masak
* 1 1/2 camca teh gula
* 1/2 camca teh garam
* 5 - 10 biji cili padi, dihiris
* 2 batang serai, dihiris halus
* 1 helai daun limau purut, dihiris halus
* 1/2 inci halia muda. dihiris halus
* 2 ulas bawang putih, dihiris halus
* 1/2 camca teh tepung jagung
* 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi (optional)

kalau nak tambah:-
1 batang lobak merah
brokoli ikut byk yg kita nak makan

Cara-cara

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.

Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.

3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
kalau nak tambah, boleh masukkan 1 batang lobak merah (kerat bulat) & brokoli ikut byk yg kita nak makan.

4. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.

4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.




So, selamat mencuba ye..