Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Baking Story. Show all posts
Showing posts with label Baking Story. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Lagi2 apam polkadot

Dah banyak hari takde update blog, xda modal.. hari2 cerita yang sama, rutin surirumah.. buat kerja2 rumah.. time senggang tu, ngadap FB..actually, byk time ngadap FB dari buat kerja rumah.. keh keh keh.. nasib baik laki ai x pasang CCTV kt rumah.. hi hi

Tak berapa sihat 2-3 hari lepas, maybe sebab cuaca sekejap panas x ingat.. pas tu tiba2 hujan.. sejuk tiba2.. ni pun still pening lagi.

Hari ni, anak2 request buatkan apam polkadot lagi.. demi korang, pening2 pun ibu bangun awal2 pagi, kukuskan apam polkadot ni.. theme kaler.. purple n putih. Sorry ler, gambor x cantik. Kamera hubby guna ambil gambar di site baru..

Tengah hari pulak buatkan kek Besday yang diorder oleh Kak Lina, neighbour ai selang 2 rumah utk buat surprise kat hubby dia.. dia order Kek Cappucino topping freshcream.. sayang camera xda, so tak dpt ler ai nak tayang hasil keras tangan ai..

Lepas hantar kek dia, ai terus terbaring sbb sakit kepala ai semakin teruk rasanya.. nak tido pun ai x berapa nak lalu sbb nak jemput anak2 balik sekolah pkl 3 hr ni..terpaksa tahan sakit kepala ni sampai diorg balik.

Bila balik je, ai terus terbongkang atas sofa, mata pun dah tak boleh buka sebab kepala berdenyut2.. ponstant pun dah lama x restock utk time emergency mcm ni.. hu hu hu.. sakit yang amat.. Tapi sempat telan panadol 2 biji sebelum lelapkan mata..

Sejam tertido, ai terbangun dek mimpi ngeri di siang hari.. adeh... teruk betul mimpi ai tadi. Pergi dapur, tgk meja makan berterabur makanan n sinki pun penuh dgn pinggan kotor.. baru sejam ai tertido.. dah mcm tongkang pecah dapur ai..isk isk isk..

Sampai hubby balik pun, still kepala ai ni sakit.. nasib baik dia tapaukan lauk utk makan mlm pulak..

Hope, besok pagi, kepala ai da x sakit.. ai ada projek buat biskut lah...

:-))


Saturday, March 19, 2011

Aktiviti untuk Anak-Anak..

Cuti sekolah seminggu.. tapi bagi anak2, memang cukup membosankan kalau duduk di rumah saja tanpa pergi kemana-mana. Nak buat macamana, ayahanda diorg kerja outstation, nun jauh di JB.. jadi ibunda diorg ni, xda lah nak bawak ramai2 ke shopping complex ke or kemana2.. sorry ya anak2.. untuk keselamatan juga.. nanti ramai2, tak terkawal, boleh ilang tau.. he he

So, ibunda diorang yang suka baking ni, buat lah aktiviti decor cupcakes untuk diorang.. siap boleh ajak2 classmate.. yang mana nasib diorg pun sama.. mak ayah pergi keja, so duduk rumah aja.. he heIda.. posing with her cupcakes.. enjoy her moment.. suka tak??
Fatin's classmate.. Ainnurlisa... dia pun suka aktiviti ni.. thanks to her mom n grandma sbb bagi kebenaran utk join kitorang..Fatin with her classmate.. Amni Farhiyah.. juga sangat enjoy aktiviti ni...thanks also to Amni's mom.. sbb bg keizinan utk Amni join..
dalam satu jam lebih, kitorang settle decor cc kitorang ni.. siap packing untuk bawa blk rumah masing2.. tak dpt nak upload photo byk2 kat blog ni.. lebih byk candid photo diorg deco cc ni di FB saya..

da... :-))

Tuesday, March 8, 2011

Menimba ilmu.. Kek Barbie & Deco Kek

Busy sungguh minggu lepas.. pergi Penang sepanjang sabtu.. baliknya Ahad tu terus pergi kelas barbie doll & deco kek.. penat memang penat tp kerana nak menimba ilmu agar dapat meluaskan bisnes.. he he.. so sekarang ini, bukan sekadar kek lapis..

So, inilah hasil kerja tangan aku, yang memang payah nak lembut2 nih.. ganas je manjang..
Alhamdulillah, berkat sabar sifu yang ajar, hasilnya memang memuaskan. Insya Allah, aku pasti menggunakan ilmu ni sebaiknya untuk memantapkan ekonomi keluarga..

Balik je rumah, sempat snap gambar kek ni lepas potong sekerat, then barbie x dpt diselamatkan lagi dek ketidaksabaran cik 'Nani' kita.. memang time balik tu, dia dah aim nak ambil patung barbie tu.. hu hu..

Ni kisah kek Basket Flower ni, sifu tunjuk ajar byk kali macamana nak buat bunga, tetapi byk kali buat, tak berjaya.. sekuntum bunga aku ambik masa 30min utk siapkan.. bila da last tu, ok lah, br dapat tune sikit.. tp syukur, bunga x buat byk, kalu x, sampai ke malam aku x balik2.. ha ha.. penat tapi enjoy.. puas hati bila hasil tu nampak cantik.. even bg yang sgt pro, tak lawa kot.. he he..Yang ini pulak kek Black Forest.... sedap sungguh kek nih.. i like.. teknik membuat pun agak sukar bg yang baru bertatih macam aku ni.. tp kena praktis lah..
Yang terakhir ni kek Coklat Ganache .. disalutkan dgn kepingan badam.. sodap...

Apapun, thousand thanks to my Sifu.. Hayati, dr Kuarters TNB, Rasah sbb sudi menurunkan ilmu2 kek ni.. semoga murah rezeki ye...

Friday, February 25, 2011

Kek Lapis lagi..

Susah payah nyer buat popcakes.. dgn kerja2 coklat n deco.. relax kepala otak dengan kek lapis..kebetulan seorang kawan order kek lapis cadbury... Alhamdulillah.. ada rezeki time bukan raya ni..

Dah settle kek lapis aku dlm 2jam.. semangat n mood perlu ada,.. penuh tak hengat kek ni dlm loyang.. hu hu.. cecah 1.9kg jugak lah..

pagi2 lagi aku dah ready nak teruskan operasi mengerat kek nih.. he he

he he he.. ni pulak bahagian untuk aku sendiri.. sarapan kek lapis.. jemput kawan2.. :-))

Sunday, February 20, 2011

Popcakes (by myself - 1st time)

Mgu ni saya rajin pulak nak baking..

Popcakes untuk Mai n Yatie... lama dah belajar tp baru nak praktis hari nih...tQ to Ena Popcakes..
kerana sudi ajarkan ilmu popcakes ni pada saya.. he he

mungkin first time buat sendiri, jadi mcm comot sikit n mmg diakui, saya mmg tak kreatif kalau bab deco2 nih.. he he















yang ni popcakes saya mmg nak bagi ex officemate sbg hadiah harijadi dia.. da tak tau nak bagi apa dah..















yang ni plak utk kawan2 di ofis lama, untuk diorg test try rasa.. he he









sebab dah rasa, ada kawan order popcakes untuk makan2 je.. first time buat, dia da suka, ok lah tu.. sebenarnya x confident nak buat utk jual, tp kalau org dah order, takkan nak tolak..so buat la kaler ijau n pink..

tu le, sebab dah lama belajar, otak pun dah berkarat kot.. he he

Saturday, February 12, 2011

Kelas Melapis Kek dengan Kawan2

Baru2 ni, kawan baik teringin nak buat kek lapis sendiri.. ye lah, kalau ada minat, apa salahnya belajar buat kan.. Lagipun, disamping lebih jimat, kita boleh tambah pengetahuan..

Disebabkan waktu memang terhad, nak pick up anak2 di sekolah by 1230 tgahari, masak makan tgahari lagi.. kami mula seawal pukul 8 pagi.. pantas je kitorg buat kerja sbb masing2 pun nak cepat.. Alhamdulillah, Kak Ina saya ni cepat belajar walaupun dia kata dia tak ada basic membuat kuih.. Tetapi bagi saya, yag penting ialah minat masing2.., takde istilah keras tangan ni.. he he

ini lah hasil kerja tangan Kak Ina.. sekian 2 tahun tunggu saya kembali ke Seremban utk menuntut ilmu kek lapis nih..





























So, lepas ni Kak Ina ni boleh lah buat kek lapis sendiri yer..

Sunday, June 27, 2010

Tempahan Kek Lapis Sarawak 2010

Tempahan Kek Lapis Untuk Hari Raya 2010 dibuka sekarang.

Hari Raya bakal menjelma lagi.. So, jangan lupa membuat tempahan awal ya..

Untuk menjamin kualiti, tempahan adalah terhad dan tempahan akan ditutup seawal 1 Ramadhan. (Kek akan mula dihantar secara berperingkat mulai 13 Ramadhan).

Kami juga menerima tempahan untuk hari-hari biasa sehingga 25 Julai sahaja dan akan ditutup untuk memberi laluan pada tempahan untuk hari raya.

Tempahan akan dibuka semula selepas 6 syawal.


* Kek ini menggunakan butter, dibuat sendiri oleh kami dan tidak mengandungi pengawet.


* Kek ini tahan lama (mencecah 3 bulan sekiranya disimpan dlm freezer).


* Berat purata kek adalah diantara 500gm-550 grm, 1.5kg - 1.55kg. (mengikut jenis kek).

Untuk tempahan/pertanyaan, message di inbox saya @ SMS to 019-663 1013 @ chat di YM saya: watie_1411@yahoo.com.my , atau pun add saya sbg rakan di Laman Facebook , WATIE QUE


KEK LAPIS MUTIARA -Code: LM001

[FLAVOR: COKLAT/HORLICKS & BISKUT JEJARI]

8X2.3 (500grms) - RM25-00

8x8 (1.5kgs) - RM65-00


KEK LAPIS 3 RASA - Code: LTR002

[FLAVOR: PANDAN/OREN & STRAWBERI]
8X2.3 (500grms) - RM25-00
8x8 (1.5kgs) - RM65-00




KEK LAPIS CADBURY's - Code: LC007

[FLAVOR: NESTUM/COKLAT CADBURY'S]

8X2.3 (500grms) - RM25-00

8x8 (1.5kgs) - RM65-00