Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label pencuci mulut. Show all posts
Showing posts with label pencuci mulut. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Apam Polkadot

Selasa lepas, ai buat apam polkadot, yang glamer tu.. he he. Sodap... anak2 pun suka. ai plak buat kecik2 jer.. sekali ngap je lah ke mulut budak2 nih..




Resepi asal ai ambil dari sini je (blog k Hana) .. mana yang rakan di Fb, blh tgk kat nota... :-)

Apam Polkadot (Sumber :http://hanamemories.blogspot.com)

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus -
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) * ai tukar dgn inti kacang merah & peanut butter.
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE :
  • Guna api sederhana je semasa mengukus yer.
  • Letak esen vanila utk mengurangkan bau telur.


Nak dijadikan alkisah apam nih.. anak sulung n ke 2 ni rajin bekal kuih2 ke sekolah. ibunda diorg ni memang tau sangat dah, mesti nak jamu kawan2.. ha ha.. so, ibu pun ckp ler.. kalau ada lah kawan sekolah tya, if ibu ada ambik tempahan x, bgtau.. yg ni rega nye ... sen sebijik, ok.

Lepas tu, Rabu, Khamis & Jumaat..hari2 ai dok membuat apam blossom ni.. betul2 suka diorang ni dgn apam polkadot nih.. tp semua request inti kacang merah.. inti lain x suka.. apa pun, anak2 ai memang pandai buat marketing.. ha ha

daaa... :-))

Tuesday, March 22, 2011

Cucur Jagung & Lengkong Pandan

Pagi2 hari mcm biasa, mendung.. malas ai nak menjemur baju... jgn kan menjemur, membasuh pun belum tentu rajin.. hi hi hi

Vroooom... pepagi ni ai dgn cik nani pergi town jap.. nak pergi bank.. then pergi S2 kejap, antar ciskek n cookies buat member tersayang, mai & K Sab.. almaklumlah.. kek ada byk, sapa nak makan.. kalau ai makan sorang.. alamat 2 minggu baru habis n gumuks lah ai nanti..

Sempat juga ai pergi Amore Ebake.. konon nak try buat macarons, so beli lah sikit bahan utk buat cookies n macarons tu.. ehem2.. sampai la ni, tak buat apa pun.. M masih melekat dlm urat nih.

Sampai je rumah, ai dah penat, mula rasa malas nak masak nasi.. lagipun semlm anak2 bukan makan nasi pun.. hu hu hu.. sayang betul nasi terbuang...

So, plan nak buat cucur jagung...ambik anak kat tadika, singgah kedai depan rumah, beli bahan2. Then nampak pisang, hati teringin nk try buat kerepek pisang.. tp mmg xda rezeki ai, pisang semua masak,tp xpe.. lain hari i pergi melawat lagi... Then nampak org jual kuih pau..nak beli jugak.. ni semua ikut tekak ni.. hu hu hu

Balik je rumah, terus try buat cucur jagung... resepi tu ai cedok kat blog kak nor ..
Tapi nak jugak2 sesuaikan dengan tekak anak2, kena lah alter sikit2.. sikit je.. huk huk. Rasa nya memang marvellous.. tQ K Nor..

CUCUR JAGUNG

1 cawan isi jagung (ai guna jagung dlm tin.. he he)
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1bj telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam

1 sudu teh gula (ai tak bubuh sebab jagung dlm tin tu sedikit manis..)
daun saderi ~ dihiris (ai x masukkan, xda stok)

daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang (** ni ai blender.. anak2 kalau nampak, memang x makan terus lah cucur ai ni)
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
(** ni ai blender jugak)
3/4 cawan air
minyak utk menggoreng


1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..

Lepas tu teringat pulak hati teringin nak makan lengkong pandan.. sorry yer, tekak ai ni mengalahkan ibu2 mengandung.. semua terlintas dlm pikiran, semua teringin.. :-)) sempat buat Lengkong Pandan.. mula2 ingat x menjadi.. hu hu,, alhamdullilah.. menjadik tau.. thanks to AlongRoz,..(Resepi lengkong ni ai ambek dari blog dia..)
*actually resepi dia dlm versi omputih.. i translate ikut pemahaman ai ler ye..

Lengkong Pandan

1 paket Agar2 (13g)
1 liter air
250g gula
6 daun pandan
- kisar dgn sikit air utk dptkan jus
1 biji kelapa
--> dapatkan 1 cawan santan pekat (p/s: ai guna santan kotak 250ml)
2 biji telur ayam
Pewarna hijau
(optional) * ai tambah sikit pandan paste

CARA:
1. Masak agar2 dengan air tadi sampai hancur.
Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur

2. Pukul telur, santan, jus pandan & pewarna tadi. (ai pukul guna whisk sahaja, sbb bkn nak pukul mcm pukul adunan kek).
Masukkan ke dalam agar2 yang mendidih tadi. Kacau rata.

Masukkan ke dlm loyang/ acuan agar2 korang. Sejukkan pada suhu bilik.

Last sekali, sejukkan dlm peti sejuk.. nyum2..

memang yummy desert ni n tak manis sangat..

So, kesimpulan tu, ai memang happy sebab mencuba resepi dari blogger lain dan hasilnya sangatlah memuaskan hati,... marvellous gitewww...

Daaaa... :-))