Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Udang n Sotong. Show all posts
Showing posts with label Udang n Sotong. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Udang Masak Tempoyak



Udang Masak Tempoyak
  • 15 -20 ekor udang sedang
  • 10 biji cili padi (kalau nk pedas boleh tambah)
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai - diketuk
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam & gula

Cara-cara

  1. Tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit tadi sampai lumat dan hancur.
  2. Gaulkan tempoyak tadi dengan bahan tumbuk biar sebati.
  3. Masukkan bahan tumbuk yang sudah digaul dgn tempoyak ke dalam periuk berisi air. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian, masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan biarkn mendidih seketika lagi.
  5. Akhir sekali, masukkan serai, daun kunyit dan udang dan biarkan mendidih seketika dan boleh la tutup api...
Note: kalau nk kuah banyak, boleh la tmbh air lagi...

Daaaaa.... :-))

Friday, March 11, 2011

Udang Mentega

Tadi dah bubuh entry resepi siakap.. so now nak bubuh resepi Udang Mentega.. bagi aku, kalau boleh, nak masak apa yang simple sahaja n bahan senang carik.. lagipun, masa selalunya terhad..terutama bila ada kerja lain tp kita pun tak mahu tapau di kedai.. Ni resepi udang mentega, aku cedok n aku alter sket lah.. :-)

Udang Mentega (Sumber : Rasa Edisi 93)

bahan2:
200grm Udang Sedang
10 helai daun kari
4 biji kuning telur [aku guna 2 biji sahaja]
2 batang serai (dihiris halus)
3 sudu makan mentega
1 sudu makan susu cair [ aku tak bubuh pun]

2 ulas bawang putih (dihiris halus)
3 tangkai cili padi (dihiris halus)



cara:
1. Goreng udang terlebih dahulu sehingga masak.
2. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
3. Panaskan kuali, masukkan mentega , tumis bawang putih, serai, daun kari n cili padi sampai wangi.
4. Masukkan pula susu cair dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan udang goreng kuning telur tadi.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.


Apapun, selamat memasak..