Dah 2-3 hari relax, baru muncul mood nak update blog ni..penat berjalan jauh.. he he
Last saturday, kitorg [ai, Mr Q(my hubby), and anak5..] pergi Penang atas urusan bisnes sampingan. Bukan untung banyak pun, tp dari tiada usaha, biarlah ada kan..
Kitorang gerak dari rumah dalam 245pg mcm tu..actually, ai malas nak ikot.. tau2 je lah kan..penat tau jalan jauh2.. tp kesian kat mr Q, kena drive jauh2, mlm2 & sorang2.. so ai ikut.
Tapi, trip kali ni, ai rasa lebih berguna sket sbb ai ada lah tukar2 turn drive dgn Mr Q. Kesian mr Hubby ai tu,.. penat drive hari2 ulang alik dr Jempol ke Sban.. then Saturday kena drive jauh2 plak.. :-)) Itu lah gunanya co-Pilot ni.. he he
Sampai2 je Autocity, perut ai dah mula lapar, anak2 takyah cerita lah.. semua ni mmg tido sepanjang perjalanan.. bangun2 je nak makan..
So, ai dgn mr hubby nak jimatkan masa, sebab otw balik lepas ambil barang nanti, kitorang kena singgah beberapa tempat utk serahkan barang pada pemilik masing2.. jadi, kitorg sepakat, beli mc D je lah.. hu hu hu.. jimat jugak.. 1 box ni cuma RM26++ rasanya.. cukup utk kitorang anak2 beranak pagi tu.. cuma anak2 x minum coffee lah ..:-))
Karenah anak2 dlm keta.. tido jer lah sepanjang perjalanan....bangun bila time berhenti makan, referesh di hentian.. then kereta bergerak jer, diorang tgk DVD n kdg2 terlelap semula.. :-))
So, inilah barang2 yang mr hubby collect dari Penang.. apapun, Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami lancar walaupun hari hujan di sesetengah tempat. Kami juga telah selamat menyerahkan barang2 ni kepada pemilik masing2. Persinggahan di Ipoh berjumpa 2 org pembeli.. terima kasih pada en Hairolhisham dan En Airulamril yang memang sgt sporting dan yakin dengan mr Hubby. Pada kami, jujur dalam menjalankan bisnes adalah sangat penting. Kepercayaan dari pembeli2 seperti inilah yang amat diharapkan dari dealer2 bermodal kecik mcm kitorang.. sebab inilah kami sanggup bersusah payah menyerahkan sendiri barang ke tangan pembeli.. Alhamdulillah.
Sekarang tinggal gambar ni utk kenangan.. ha ha ;-))
(P/S: if korang2 berminat nak menyimpan emas, boleh SMS mr Hubby ai: 019 9161013.. utk lock price yer..)
Selepas singgah di Ipoh, kami teruskan perjalanan ke Sg Buloh, gombak & Semenyih, juga bertemu buyer di sana.. Alhamdulillah, segala barangan sudah pun diserahkan pada pemiliknya.
Sebelum balik tu, sempat juga ai beli sikit ole2.. singgah kat Hentian Bukit Gantang.. time tu mr Hubby tido, turn ai drive n terus ambik kesempatan singgah beli buah2 skit.
Yang kelakarnya, time kat rumah on Sunday tu, ai kerat2 ler buah2an ni.. suddenly mr Hubby tya, eh, bila beli buah ni.. he he.. dia x perasan bila ai beli sbb time tu dia tido kat belakang n time ai berhenti pun, dia tak sedar.. hi hi hi..
Apa2 pun, to mr hubby,.. we all love u.. he he.. sbb kemana pun u pergi, mesti u angkut kitorang yang ramai2 nih..
Daaaa.... :-))
No comments:
Post a Comment