Daisypath Friendship tickers

Tuesday, April 5, 2011

Hujung Minggu yang Malas..

Dah 2-3 hari x jenguk blog ni.. malas.. lagi2 ujung minggu ni, ada byk kerja nak buat..

Sabtu ni ai duduk kat rumah tanpa memasak pun.. plus, tong gas dah kosong.. ha ha.. untuk lunch kitorang pergi drive-thru je kat Mc Donalds.. punya panjang queue bila hari cuti.. sabo je lah..

Belah malam plak, anak2 request nak tapau nasi goreng pattaya n kuah tomyam jer.. ku turutkan jua.. lgpun badan rasa sgt penat n malas nak masuk dapur..

On Sunday morning, kena pergi pick-up barang kat Taman Equine, Seri Kembangan .. pas tu anak2 request singgah di The Mines sekejap.. cuci mata kejap..then terus balik rumah lepas tapau KFC.

Tapi ai ni memang jenis kalau kata sekejap tu, memang betul sekejap lah.. dlm sejam setengah, kitorg dah keluar dari The Mines.. he he.. Janji dah cuci mata kan.. sempat jugak kitorang beli berjenis2 tit bits kat The Mines.. sampai RM50.. hua hua hua.. hadoiii, kempis poket ai...

Bila dah 2 hari makan kat luar, teringin pulak masak..plus tong gas dah tukar yang baru.. he he he. Tekak pulak mahu menu sarawak... kih kih kih.. so, ai buat lah mee kolok..
(even terlebih bubuh kicap.. tp enjoy jugak.. sbb kanak2 ni suka.., siap cakap.. rasa mcm sizzling mee je.. ha ha ha). - ni first time ai buat sendiri.. selalu makan time balik kampung je.. ni tekak x boleh tahan dah.. tgu nak balik, lambat plak lagi kot... :-))

Mee Kolok (Sumber: MY Resepi)

2 gulung mee kering (mee sanggul/ yee mee)
3 ulas bawang putih (mayang)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 helai daun sawi (potong 1 inci)
1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi) ** saya campur sikit bwg putih hancur
3 cawan air rebusan daging/ ayam
/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa

HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan sedikit air rebusan daging/ayam**.

** saya asingkan baki air rebusan daging tu sbg sup time nak makan mee nanti..

2. Masukkan mee.Biarkan sedikit lembut.Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.

3. Angkat dan hidang segera. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.


No comments: