2 hari lepas dah tak tahu nak masak apa.. tp terasa2 tekak ni roasted beef n mashed potato yang sister in law masak time balik ke Gombak beberapa bulan lepas.. tahun lepas kot.. lama dah, tp dek dia pun ada upload roasted beef kat FB dia, jadi tekak ni macam orang mengidam plaks.. ku korek resepi dari SIL.. then tang tadaaaaa.... ini lah my homemade roasted beef with mash potato.. siram dengan beef & herb gravy.. (yang ni segera,ada dijual di pasaraya n bancuh dgn air panas je..).Roasted Beef:
1 keping daging - perap semalaman dengan Italian Herbs, garam & sedikit olive oil
**olive oil ni utk melembutkan daging
Bakar dlm oven sampai masak. (kali kedua tu, saya goreng tanpa minyak dlm frying pan..)
Mashed Potato:
8 biji kentang - yang putih & comel2 tu..(import punya)
3 sudu makan butter
1/2 cawan susu segar
- Kupas kulit dan rebus kentang sampai lembut (boleh juga kalau x buang kulit tp kena cuci bersih2)
- toskan bila dah lembut, lenyek2 sampai hancur.
- masukkan butter dan gaul rata.
- masukkan susu segar dan gaul rata
- siram dgn kuah gravy.. (selalu nya saya beli yang segera..)
so, selamat mencuba.
Ni malam punya cerita.. he he
yang ni pulak babah's dinner plate.. seharian dia tak makan,.. kesian sungguh.. malam tu balik, ai pulak bg makan roasted beef.. poning kepala dia.. ha ha
cuma kali ni, makan dengan nasi putih dan brokoli goreng dgn sosej.
Fried Broccoli with Chicken Frankfurters
- brokoli
- chicken frankfurter aka sosej
- bawang putih * diketuk
- bawang besar * dihiris
- cili merah * dihiris
cara:
1) panaskan minyak, tumis bawang putih sampai wangi
2) Masukkan sosej n biar seketika
3) Masukkan brokoli, garam, bawang besar dan biar seketika
4) Masukkan cili merah dan angkat..
5) ready utk dihidangkan
** boleh tambah sos tiram jika mahu..
Saya ni kalau boleh mmg nak resepi yang simple n takpayah pening2 cari bahan.. sbb tu semua nya simple2 jer..
No comments:
Post a Comment