Daisypath Friendship tickers

Wednesday, March 16, 2011

Cuti Sekolah

Dah 3 hari sekolah cuti, so tak dapat nak update blog. Sibuk dgn tugas2 harian, lagipun ramai kanak2 kat rumah.. he he.. lain kali i upload gambar2 yang berfaedah yang mana show kitorang buat apa time cuti2 ni.. he he

Sunday, March 13, 2011

Aktitivi Hari Sabtu

Alhamdulillah.. selepas seorang sahabat tu test kek Cappucino, dia terus cakap nak order sebijik kek Cappucino tu untuk hari lahir ibu mertua dia. Actually besday mak mertua dia dah pun lepas, hari Sabtu minggu lepas, tp dia dan hubby dia plan nak buat surprise untuk mak dia. Mula2 hati ni berbelah bahagi, nak buat or tidak kek dia, tp sbb dia sudah pun beri kepercayaan so, tak sampai hati pulak nak menolak permintaan dia. So, dengan deco yang memang simple ( almaklumlah aku ini budak baru belajar..), lgpun idea belum banyak then skil pun belom tajam.. he he
thanks Mai n Along sebab beri kepercayaan pada akk mu ini.. he he.

Lagi kisah pasal nak buat surprise tu, kawan ni kata pulak, xkan nak makan kek sahaja.. kena lah ada makanan lain. Tp if nak suruh adik ipar dia masak di rumah, sudah pastilah emak diorg tahu surprise ni nanti.. he he.. akak ni jugak yang kena goreng mee..

So, harap2 majlis surprise tu berjalan lancar ye..

Bila seharian dah penat dengan kerja2 rumah dan lagipun, line internet pun slow.. aku pun turut slow. Malam Sabtu je aku ZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz awal.. he he

Saturday, March 12, 2011

Flower Basket Cakes - Pandan Flavor

Lepas satu, satu kek aku buat.. dek banyak masa terluang dan kekosongan hari sebab anak2 pergi sekolah. Lagipun nak merayau2 ke JJ or Tesco, rasa mcm malas. Kalau pergi, sudah tentu keluar duit juga.. so, elok berjimat dan duduk kat rumah sahaja..

Bila dah petang sikit, kek Cappucino pun dah tinggal sikit, bagi kawan2 sikit seorang, untuk rasa.. mana tau minat nak order lain kali..

Masih lagi aku guna tepung kek segera.. sebab satu paket tepung tu boleh buat 2 adunan kek, pagi tadi dah satu kek, petang pulak satu lagi kek, tapi kali ni aku perisakan dengan paste pandan koepoe-koepoe (made in Indonesia).

Gambar2 ni ialah kek aku dah keluar dari loyang n sudah sejuk. Aku belah 2 untuk lapikkan buttercream. Sebab mahu pandai teknik deco , so mana2 accessories yang x cukup tu, aku usahakan cari di kedai bahan kek..Kaler kek ni memang menawan hijau nya, sebab guna paste pandan koepoe2 ni xperlu letak pewarna, memang hijau tu menyerlah.

Orang bijak pandai berkata, Practise Make Perfect.. jadi itulah yang aku buat sekarang ni. Setiap kesalahan teknik itu lah yang aku cuba perbaiki.. baik dari segi kesabaran semasa buat bunga mawar, teknik menghias kek dan mengenal peralatan untuk corak tertentu. Walaupun pada yang sudah pandai tu, kek aku ni buruk n takde seni kot.. tapi aku berpuas hati, aku berusaha untuk menjadi lebih baik dan cuba menguasai skil menghias kek. Sebab aku tahu, setiap yang pandai itu, datang nya dari org yang tidak tahu apa2.,tetapi mereka belajar dan berusaha. begitu juga aku.. ;-))

So, dah siap deko kek dan ambil gambar, memang kami2 di rumah ni tidak tunggu lama untuk memotong kek2 praktis ni.. ha ha ha.. terus potong aje dan makan..

Begitulah 2-3 hari ni..asyik buat kek saja. Mungkin kena rehat 2 hari dari buat kek, sebab anak2 mula muak makan kek.. hi hi.. so, project akan datang tu maybe fancy cookies or biskut dulu lah. Kasi reda dulu muak kek diorg nih..he he.. Sorry ye anak2 sebab korang2 kena jadi tester ibu sepanjang hayat.. n thanks to my BFF.. Illa, Maie n K Saba sbb sudi jugak jadi tester kek2 saya.. lgpun dpt free kan.. hi hi hi..

Cappucino Cakes

Semalam, terasa macam lama nak tunggu en Hubby balik dari outstation.. Lagipun, kerja dia pun belum settle. Big bos kata, boleh balik bila kerja sudah settle.. hu hu hu..

Jadi, untuk mengisi hati yang rindu ni.. aku buat lah kek.. lagipun, elok aku praktis buat kek n deco kek.. so bila dah pandai, boleh lah ambil tempahan kawan-kawan.. hi hi.
ini kek span, aku perisakan cappucino, guna tepung segera kek sponge, lgpun stok tepung segera masih ada.. lebih cepat dan mudah. Mmg sedap dan tekstur kek tu pun lembut. Tepung ini hasil buatan sendiri kawan dari Jitra, Cik Suri.

Ini pulak photo kek lepas dihias dengan fresh cream, then kek yang dah selamat dikerat satu bhgn.. hu hu lapar.. yummy jugak rasa kek nih..

Lain kali boleh buat lagi..

Friday, March 11, 2011

Udang Mentega

Tadi dah bubuh entry resepi siakap.. so now nak bubuh resepi Udang Mentega.. bagi aku, kalau boleh, nak masak apa yang simple sahaja n bahan senang carik.. lagipun, masa selalunya terhad..terutama bila ada kerja lain tp kita pun tak mahu tapau di kedai.. Ni resepi udang mentega, aku cedok n aku alter sket lah.. :-)

Udang Mentega (Sumber : Rasa Edisi 93)

bahan2:
200grm Udang Sedang
10 helai daun kari
4 biji kuning telur [aku guna 2 biji sahaja]
2 batang serai (dihiris halus)
3 sudu makan mentega
1 sudu makan susu cair [ aku tak bubuh pun]

2 ulas bawang putih (dihiris halus)
3 tangkai cili padi (dihiris halus)



cara:
1. Goreng udang terlebih dahulu sehingga masak.
2. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
3. Panaskan kuali, masukkan mentega , tumis bawang putih, serai, daun kari n cili padi sampai wangi.
4. Masukkan pula susu cair dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan udang goreng kuning telur tadi.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.


Apapun, selamat memasak..

Siakap Kukus

Hari ni buat kek sponge pandan, tp entry kali ni nak bubuh resepi siakap kukus brokoli. Tak tahu dah nak masak apa.. tp ex officemate nak dtg ambek kek, sekali lunch lah yer.. he he..so masak yang paling simple n cepat dimasak..


siakap kukus (Sumber: Myresepi.com)

1 ekor ikan siakap
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah

Sos
* 3 camca besar jus limau kasturi
* 1 1/2 camca besar minyak masak
* 1 1/2 camca teh gula
* 1/2 camca teh garam
* 5 - 10 biji cili padi, dihiris
* 2 batang serai, dihiris halus
* 1 helai daun limau purut, dihiris halus
* 1/2 inci halia muda. dihiris halus
* 2 ulas bawang putih, dihiris halus
* 1/2 camca teh tepung jagung
* 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi (optional)

kalau nak tambah:-
1 batang lobak merah
brokoli ikut byk yg kita nak makan

Cara-cara

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.

Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.

3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
kalau nak tambah, boleh masukkan 1 batang lobak merah (kerat bulat) & brokoli ikut byk yg kita nak makan.

4. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.

4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.




So, selamat mencuba ye..

Thursday, March 10, 2011

Patuhi peraturan Jalanraya..

Sejak bangun pagi, tekak dah terasa nak makan nasi berlaukkan siput sedut masak lemak.. tp dek malas nak bergerak, sehingga pukul 12 tghari..barulah keluar rumah & jemput aiman dan nina di taska. Masa tu hati malas jugak nak bergerak jauh, pergi kedai k Nor.. dia masak mmg sedap.. hi hi hi..tp tekak mahu jugak makan.. so pergi lah tapau..

Sempat jugak aku bubuh lauk yang aku tapau.. mana yang aku teringin nak makan.. takat nasi n ayam goreng tu aku blh masak sendiri lah..

On the way balik tu, di persimpangan lampu isyarat dekat je dgn rumah pun.. memang kecut perut aku time tu sebab ada seorang hamba Allah ni dengan sengaja melanggar lampu isyarat yang dah merah, then terus memandu laju ke arah kereta aku yang baru je nak bergerak sbb lampu kat aku pun dah hijau.. hu hu hu.. terhenti jap darah mengalir.. Alhamdulillah, sempat jugak hamba Allah tu membrek kereta dia dari menghentam kereta aku... terasa macam mimpi..Sampai depan rumah pun, masih belum hilang lagi kecut perut aku tu..

Moral pada pemandu2 di Malaysia, sekiranya anda tidak sayangkan nyawa anda sendiri, fikir2kan lah nyawa orang lain dan nasib anak2 mereka..Memang masa itu emas, tetapi masa juga tidak dapat diputarkan kembali sekiranya terjadi malapetaka.

Sesal kemudian tidak berguna...

Wednesday, March 9, 2011

Practice Make Perfect

Awal pagi sudah semangat nak keluar beli beberapa nozzle dan lain2 accessories kek.., lepas bakar kek span coklat sebiji n 19 biji cupcakes, terus pergi.. sempat juga ye masak nasik tau.. he he

Malang sungguh kek blackforest x jadi cantik, so segan nak show.. jadi show cupcakes je lah ek. hi hi..ni rupa cc aku sebelum aku tepek dgn fresh cream n topping buttercream..

actually fresh cream ni aku ter'over' beat.. hu hu hu.. tp belasah aje lah.. janji nampak menyelerakan k..
xmau type byk2.. ni hasil percubaan tanpa sifu hari ni.. boleh lah.. bg budak2 yang baru bertatih deco kek yer.. hu huhu.. lain kali blh buat lagi...

Besok nak try deco kek pulak..

Tuesday, March 8, 2011

Penne Bolognese

Hari ni hari yang bermalas-malasan .. lebih tepat.. hari di mana aku rasa sgt malas.. nak pergi memana pun malas, keluar pun sbb hantar anak ke sekolah, isi minyak... pikir2 punya pikir nak masak apa.. aku masak lah penne bolognese sbb da malas.. actually anak2 mintak dimasakkan mee goreng, tp bahan kurang lengkap hari ni.. lgpun dr awal da malas nak pergi kedai. So, kita masak je apa yang bahan lengkap di rumah yer..

Bahan2:

* 300gram pasta penne
- rebus 2 liter air bersama sedikit garam & myk zaitun.
Bila air dh mendidih, masukkan penne dan kacau sekali sekala.Bila dh lembut boleh lah
angkat dan toskn.Letak sedikit lg myk zaitun supaya tak melekat.

* 350gram daging kisar
* Sbtg carrot - Didadu kecil ( Optional)
* 1 tin Cendawan butang - dihiris halus (optional)
* 1 Biji Tomato - Didadu kecil
* 2 1/2 Cawan Sos Prego (saya selalu guna " Traditional")
* 2sb Cili Blender ( optional) ** ni tekak aku, nak pedas sikit..
* 5 ulas bwg Putih - dicincang halus
* sedikit halia- ketuk hancur (optional)
* Garam
* Gula

* Parmesan Cheese


Cara-cara

1. Panaskn myk dlm kuali/periuk, masukkan bwg putih cincang & halia. Tumis sehingga naik
bau.
2. Masukkan cili blender n kacau kejap, biar naik minyak.
3. Masukkan daging cincang & biarkan sampai separuh masak.
4. Masukkan carrot,cendawan dan tomato yg dipotong dadu td.Masak hingga sayur layu.
5. Masukkan sos prego dan kacau sebentar sehingga mendidih.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Hidangkn penne dengan sos bolognese yg dh siap.

** taburkn sedikit parmesan cheese diatas.

so, settle hari ni.. kena pikir besok nak masak apa pulak..

Menimba ilmu.. Kek Barbie & Deco Kek

Busy sungguh minggu lepas.. pergi Penang sepanjang sabtu.. baliknya Ahad tu terus pergi kelas barbie doll & deco kek.. penat memang penat tp kerana nak menimba ilmu agar dapat meluaskan bisnes.. he he.. so sekarang ini, bukan sekadar kek lapis..

So, inilah hasil kerja tangan aku, yang memang payah nak lembut2 nih.. ganas je manjang..
Alhamdulillah, berkat sabar sifu yang ajar, hasilnya memang memuaskan. Insya Allah, aku pasti menggunakan ilmu ni sebaiknya untuk memantapkan ekonomi keluarga..

Balik je rumah, sempat snap gambar kek ni lepas potong sekerat, then barbie x dpt diselamatkan lagi dek ketidaksabaran cik 'Nani' kita.. memang time balik tu, dia dah aim nak ambil patung barbie tu.. hu hu..

Ni kisah kek Basket Flower ni, sifu tunjuk ajar byk kali macamana nak buat bunga, tetapi byk kali buat, tak berjaya.. sekuntum bunga aku ambik masa 30min utk siapkan.. bila da last tu, ok lah, br dapat tune sikit.. tp syukur, bunga x buat byk, kalu x, sampai ke malam aku x balik2.. ha ha.. penat tapi enjoy.. puas hati bila hasil tu nampak cantik.. even bg yang sgt pro, tak lawa kot.. he he..Yang ini pulak kek Black Forest.... sedap sungguh kek nih.. i like.. teknik membuat pun agak sukar bg yang baru bertatih macam aku ni.. tp kena praktis lah..
Yang terakhir ni kek Coklat Ganache .. disalutkan dgn kepingan badam.. sodap...

Apapun, thousand thanks to my Sifu.. Hayati, dr Kuarters TNB, Rasah sbb sudi menurunkan ilmu2 kek ni.. semoga murah rezeki ye...