Daisypath Friendship tickers

Monday, December 26, 2011

~ Thanks for blogwalking.. ~

Assalamualaikum & Hello...

Pada kawan2 yang rajin jenguk2 blog ai nih dan pada yang tinggal message kat shoutbox tu, tQ sesangat, ai tak dapat nak reply satu2... just nak cakap thanks for any compliments tu ya.. lagi satu, ai akan visit blog uols bila berkesempatan. :-))

Entah lah, sejak dah kerja balik nih, ai rasa macam penat sangat setiap kali balik kerja (bukan ada kerja banyak pon..)... aduh, blog pun sampai x diupdate.. jangan kan update blog, nak masak pun mcm takda hati..

CAMANA NIH?????? apa nak jadik nih... hu hu hu hu

Masih ada 4 hari lagi hari bekerja dalam bulan terakhir di 2011 ni.. Jujurnya, sejak kembali bekerja nih, jarak antara anak2 dengan ai terasa jauh.. Huk.. huk.. huk... sedih, terkejar2 dengan masa yang singkat, bila balik rumah, hari pun dah menjelang malam..

Sampaikan ada masa ai terpikir, mungkin kembali menjadi 'Stay Home Mum' lebih baik...
ADAKAH BOLEH BEGITU...????

Daaaa....... masa begitu cemburu pada ai..

Luv U ols.. :-))




Friday, December 9, 2011

Cuti Sekolah dan Kisah Sebelum Cuti..

Haaa.... Cuti Sekolah dah pun berminggu berlalu... baru ada masa nak update blog..

Berabuk blog ai nih.. he he he

Tahniah utk kanak2 rebina ai yang cemerlang dalam pelajaran tahun 2011... Ibu bangga dengan pencapaian korang.. pada kanak2 rebina yang tak dapat hadiah tu, ibu x kesah pon.. sebab dah tahu korang2 memang berusaha kan.. :-))

Si Cilik Ida..

Congrats Ida....

My Princess Mizz Nina.. kih kih kih kih

Congrats Mizz Nina...

Ibu doakan korang2 semua berjaya dalam hidup... Amin... & Selamat Bercuti ya...

Daaaa..... :-))

Monday, November 14, 2011

Genap 34 tahun.. Alhamdulillah

Alhamdulillah..



14.November.2011 ini, ai genap 34 tahun..

1) Syukur kepada Allah atas segalanya.. Berikanlah kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan hidup pada ku dan keluarga tersayang.

2)Terima kasih Mak kerana melahirkan aku ke dunia, memberikan aku kasih sayang yang melimpah ruah yang tidak berbelah bagi, memberikan segala pertolongan tatkala aku kesusahan, memberikan segala pelajaran yang aku perlukan untuk mengharungi hidup dan terima kasih kerana Mak sentiasa ada untuk aku bila saja aku memerlukan.

3) Terima kasih Bapak kerana memberikan aku kasih sayang yang melimpah ruah yang tidak berbelah bagi, memberikan segala pertolongan tatkala aku kesusahan, memberikan segala pelajaran yang aku perlukan untuk mengharungi hidup dan terima kasih kerana Bapak pun seperti Mak..sentiasa ada untuk aku bila saja aku memerlukan.

4) Terima Kasih Suami Ku, Qalam Hamidy Ismail.. kerana memberikan aku cinta, kasih sayang dan segala2 yang aku perlukan dalam hidup., kerana selalu bersama aku tatkala susah dan senang, kerana selalu membimbing, memahami aku dan menjadi rakan terbaik dalam hidup, kerana menjadi suami dan ayah terbaik dalam kehidupan kita..dan kerana selalu ada untuk aku bila saja aku memerlukan mu.. Sayang Selalu

5) Terima kasih anak2, Fatin, Ida, Hafiz, Nina, Aiman & Nani kerana menjadi cahaya dalam hidup Ibu.. tanpa korang, pasti hidup ibu menjadi sunyi sepi.. Ibu Sayang Korang semua.

6) Terima Kasih Dah.. my beloved sis.. kerana kau sentiasa ada untuk aku bila saja aku memerlukan.

7) Terima Kasih kawan2 dan saudara mara yang lain atas ucapan dan doa kalian... semoga kita semua diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.. Sayang korang semua kerana korang lah penyeri hidup tatkala berjauhan dari keluarga..


Daaaa..... :-))

Saturday, November 12, 2011

.. Miss my Blog....

Rindunya nak update blog tp masa tak mengizinkan nak update buat masa nih..

3 minggu pc rosak, langsung x jenguk fb & blog.. bila dah ok ni.. rasa macam takde mood nak update..

Alhamdulillah, berlalu sudah Hari Raya Aidil Adha.. semoga ibadah korban yang kita sertai tahun ini akan diberkati Allah..

Menjelang cuti sekolah yang tinggal beberapa hari lagi ni, banyak kerja dan program yang nak kena buat..

Insya Allah, ada masa nanti, ai update blog n letak resepi yang kawan2 request di fb ya..

daaa... :-))

Friday, October 7, 2011

Kek Moist Coklat & Tepung Segera Kek Coklat

Hallluuuu....

Ni segmen promosi bisnes sendiri... he he he

Selain kek lapis Sarawak/Kek Birthday/Kek marble dll kek lagi, ai pun buat kek moist Choc tau... :-)





Terliur ke?..... yummy.. memang sodap... :-))




Size : 6 inch Round - RM18/00 only


Selain jual kek yang da siap, ai pun supply tepung segera kek moist choc nih.. so, pada yang minat nak try sendiri, boleh lah order... :-))


Tepung Segera Moist Choc Cakes RM12/00 per packet [not include postage]
* cuma tambah bahan basah: minyak/air/telur/susu pekat




Berminat nak order ??, boleh sms/call ai ye..: Watie 019 663 1013.

Memang mudah dibuat dan dijamin sedap.. :-))

Daaaa..... sekian segmen iklan utk bisnes sendiri.. :-P

Friday, September 30, 2011

Happy 9th Birthday, Ida..

Hai.... baru nak publish entry ini..

Apapun, Happy Birthday yang ke 9 pada anak kedua ai.. Qatrunnada Faridah a.k.a IDA..

Semoga Ida menjadi anak yang solehah, cerdik pandai & berguna..

Ibu, Babah, Kakak, & Adik2 Sayang Ida..

Ida masa kecik2.. umur 4-5 tahun @ Seremban 2


Ida .. umur 7-8 tahun @ Alor Setar



Ida .... 9 tahun.. :-))

Sejak lepas raya, lama tak buat kek selain kek lapis.. wahahaha.. kena juga buat kek besday utk besday gurl.. buat cupcakes yang simple2 sahaja... yang penting ada kek & lilin.. hi hi hi

Cappucino-Choc Cupcakes with freshcream topping..


satu lilin jer..?? ok lah.. yang penting, kita gembira.. :-))



" Nanie: nani pon nak kek ugak... "


ni kek nani...tompang sekaki tiup lagi sekali... :-))
Semoga nani menjadi anak yg solehah & cerdik ya..


pose dari besday gurls (Nani - 11/9) & Ida (30/09)

Da.....

Monday, September 26, 2011

Dugaan tp aku Redha..

Hallu.... baru ada masa n mood nak mengupdate blog ai nih..

Kadang2 kita tidak menduga malang yang bakal menimpa kita atau orang sekeliling yang kita sayang.. tetapi itulah yang menimpa ai minggu lalu.. terasa macam mahu diputarkan masa sebelum terjadi malang tu, jadi dapat kita berjaga2.. hu hu..

Tetapi, bila dipikir2 balik, ada sebab & hikmah kenapa kita diduga.. kerana Allah sayangkan kita.., jadi ai dan hubby redha segala dugaan yang menimpa. Biarpun tidak sanggup melihat se kecil Aiman menahan sakit..nak buat mcm mana.. benda nak jadi.. so sabar jelah ya Aiman..

18/9/2011 - Aiman ni jatuh pokok mangga tepi rumah.. hobi dia memang manjat, tp malang tidak berbau kan.. dah jatuh, patah pula tulang paha nya.. terus admit HTJ tghari tu jugak..

Aiman - masih baru sampai kat wad..
sedih tgk kaki dia..
elok2 boleh lari2,
skrg dah x blh lari utk 4-6 minggu
sbb tulang dah patah..

19/9/2011 - Doktor dah start tarik tulang dia guna pemberat, biar tulang kembali ke tpt asal.

lelap sebab dah letih asyik ter baring je kat katil spital. tQ Ain sbb shoot photo nih..

23/9/2011 - Aiman lepas keluar dari OT room.. siap simen dari paras pinggang sehingga ke buku lali... berat wooo kalu angkat nak pergi bilik air... dugaan pada ibu & babah nih... Alhamdulillah..

dah siap tarik tulang & simen, tgu nak keluar wad.. :-)

23/9/2011 - Alhamdulillah.. dah keluar dari wad petang jumaat tu. Syukur, dapat lah balik rumah & tgk keadaan anak2 yang lain.

Thanks to en Hubby, Mr Q yang selalu ada di sisi bilamana dugaan ni datang, siap bergilir jaga aiman di hospital bila masa mengizinkan.. susah payah nya kerja di site pun, dia tetap menghadirkan diri bila2 masa kami sangat memerlukan. You're the BEST dear.., we love U.

Thanks to MIL jugak tolong tgkkan kids yang lain. Kesian korang yer.. monteng sekolah 2 hari..

Thanks to my parent, Sis, SIL x 2 & kawan2 yang memberi semangat pada kami, di saat kami memerlukan. Pada yang datang melawat di HTJ, thanks sebab sudi meluang masa ya..

tq bebanyak..hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

Dalam ramai2 kawan yang memberi semangat tu, terselit jugak kisah yang melemahkan semangat ai... hu hu., next entry lah.. malas nak pikir nak ceta mcm mana...lgpun, ai kena sentiasa bersangka baik pada orang lain.. :-))

Monday, September 12, 2011

Happy Besday Hannani @ Bebot

Happy Birthday Sayang.... Happy Birthday Nanie

11-9-2007 : Qismina Farah Hannani

Nanie - 2 days (HTJ, Seremban)

Nanie - 2 months (Seremban 2)


Nanie - 12month (Sibu, Sarawak)

Nanie - 2 years (Bukit Tinggi, Kepala Batas, Kedah)


Nanie - 3 Year (Melaka)

Nani 4 years..

Ingat nak upload gambar Nanie potong kek on her besday.. tp Uncle Muso blom upload lagi lah.. so, lenkali lah yer.. he he

Semoga Nanie menjadi anak yang baik, mendengar kata, bijak pandai & solehah... :-))




Saturday, September 10, 2011

Family Potrait 2011

Akhirnya....

Ai dapat jugak family potrait.. dari kamera SIL... thanks a lot sis.. appreciate the pics so much. :-))

Close up (Purple theme 2011)
Potrait with SIL & MIL

Kanak2 rebina & Ucu n K Hana

hanya kami :-P

Daaaa..... love the pics very much.. again, thanks to Angah & Hubby, Abg Khairi for the marvellous pics..

Friday, September 9, 2011

Pembuka Order Sesudah Cuti Raya

Salam..

Macam biasa kalau ai sudah datang rajin..., sekali harung ai update blog.. berjela2 cerita.. hi hi hi

Apa pun, raya ke-4, kitorang sudah pun balik ke rumah di Senawang. Tak tahu da nak beraya kemana pun.. so, balik rumah, kemas rumah yang agak2 macam tongkang pecah sudah before balik malam raya hari tu..

Hari Sabtu tu, secara rasmi ai dah pun membuka ruang untuk tempahan kek lapis/cupcakes/segala macam kek lah kalo mahu... :-))

Sebagai pembukaan order, dapat order cupcakes dari kawan yang nak hadiahkan cupcakes pada kawan dia yang menjadi pengantin.. tema warna.. itam & merah..

Oreo Cupcakes (Fresh Cream Topping)

Selain tu, kawan ni pun order Besday Cupcakes utk anak lelaki dia yg sambut besday mgu yang sama.. tema Ben10.. biasalah.. anak lelaki kan.. xkan mintak barbie doll plaks.. ha ha

Thanks Sai. :-))

Then, anak saudara mr Q (my hubby), request popcakes utk besday dia.. rasanya betul2 dah lama x buat popcakes nih.. kena asah skill lah nampaknya..

Alhamdulillah.. masih ingat jugak ai rupanya pada ilmu popcakes tu..

to: Aishah, mak lang tak sempat nak buat wording ya.. he he

close-up, popcakes (choc cakes+cream cheese frosting)


Apa pun,... masih mood raya, virus M pun masih cuba2 mendekat.. & mgu ni agak busy beraya di rumah kawan2 di sekitar seremban/kl.. :-))

Daaa....