Daisypath Friendship tickers

Monday, November 14, 2011

Genap 34 tahun.. Alhamdulillah

Alhamdulillah..



14.November.2011 ini, ai genap 34 tahun..

1) Syukur kepada Allah atas segalanya.. Berikanlah kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan hidup pada ku dan keluarga tersayang.

2)Terima kasih Mak kerana melahirkan aku ke dunia, memberikan aku kasih sayang yang melimpah ruah yang tidak berbelah bagi, memberikan segala pertolongan tatkala aku kesusahan, memberikan segala pelajaran yang aku perlukan untuk mengharungi hidup dan terima kasih kerana Mak sentiasa ada untuk aku bila saja aku memerlukan.

3) Terima kasih Bapak kerana memberikan aku kasih sayang yang melimpah ruah yang tidak berbelah bagi, memberikan segala pertolongan tatkala aku kesusahan, memberikan segala pelajaran yang aku perlukan untuk mengharungi hidup dan terima kasih kerana Bapak pun seperti Mak..sentiasa ada untuk aku bila saja aku memerlukan.

4) Terima Kasih Suami Ku, Qalam Hamidy Ismail.. kerana memberikan aku cinta, kasih sayang dan segala2 yang aku perlukan dalam hidup., kerana selalu bersama aku tatkala susah dan senang, kerana selalu membimbing, memahami aku dan menjadi rakan terbaik dalam hidup, kerana menjadi suami dan ayah terbaik dalam kehidupan kita..dan kerana selalu ada untuk aku bila saja aku memerlukan mu.. Sayang Selalu

5) Terima kasih anak2, Fatin, Ida, Hafiz, Nina, Aiman & Nani kerana menjadi cahaya dalam hidup Ibu.. tanpa korang, pasti hidup ibu menjadi sunyi sepi.. Ibu Sayang Korang semua.

6) Terima Kasih Dah.. my beloved sis.. kerana kau sentiasa ada untuk aku bila saja aku memerlukan.

7) Terima Kasih kawan2 dan saudara mara yang lain atas ucapan dan doa kalian... semoga kita semua diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.. Sayang korang semua kerana korang lah penyeri hidup tatkala berjauhan dari keluarga..


Daaaa..... :-))

1 comment:

WATER PURIFIER AND AIR PURIFIER (COWAY) said...

heloo ... saya menjempput untuk followe blog saya.

http://wangpos-jutawan.blogspot.com/