Daisypath Friendship tickers

Friday, December 5, 2008

Kek Mutiara Strawberi-Coklat Utk Hantaran

Kek Lapis Mutiara ni saja je tukar perisa jadi coklat-strawberi.. sebab kawan yang nak tu tak kesah perisa apa, janji siap pada hari yang dia nak. Siap solek lagi gitu.. Katanya nak buat hantaran adiknye bertunang Ahad nih.. Thanks ye Ija (Pun regular customer nih..)



Kek yang ni pulak hasil dari balance adunan selepas buat kek ija n Abg Din (Kawan Opis Asben). Lapisan pun tak tersusun ikut kaler tapi boleh lah. Nak buat tambah kek untuk seorang insan yang baik hati dari Nilai, yang mana telah membantu saya masa saya accident time nak balik ke Sarawak tempoh hari. Susah payah dia menghantar saya dan anak2 ke LCCT dek kereta kami dah tak boleh bergerak. Terbabas masuk roundabout.. hujan dan jalan licin punya pasal. Sampai ke hari ni pun, kereta masih di bengkel. Harap2 minggu depan dah siap, sebab susah nya takde kereta ni. Nak pergi mana2 pun payah... So, harap Shamsina dari Yamagata(M) Sdn Bhd dapat kek dia hari ni.. Oleh-oleh utk Hari Raya AidilAdha..


Wednesday, December 3, 2008

Kek Lapis Lagi...

Kek Lapis nih semuanya orang order.. ada yang untuk makan saja n ada yang nak diberikan pada org..TQ pada kawan2 yang order ye...
Kek Untuk Zaharah (Budak Opis )


Kek Untuk K Gee (Jiran Sebelah) - 2 biji


2 Kek Lapis yang kat bawah ni untuk Normee dari Gerik, Perak..(memang regular customer nih)...TQ Normee.


KEK LAPIS STRAWBERI-COKLAT - 1kg



KEK LAPIS KELADI - 1kg



So.. untuk post yang menarik dari Sarawak tu, kena lah tunggu Kak Long saya emailkan gambar dalam laptop dia...





Minggu Yang Sibuk...

Balik je dari kampung, memang sibuk kat opis. Nak update pun tak sempat, apatah lagi gambar2 yang ambik kat sana tu semua download kat laptop kak long. Dia pun belum emailkan semua gambar2 yang menarik utk dipostkan di sini.. cuma satu gambar yang ada utk post kali nih.

Gambar anak lelaki yang tinggal dengan family di sana.. Qayyim Hafizuddin. Duduk ngan Mak Long (kakak saya)... sejak kecil lagi.


Thursday, November 13, 2008

Kek Lapis sebelum balik kampung..

Sabtu ni saya nak balik kampung di Sarawak.. gembiranya hati.. walaupun hanya 4 hari kat sana, tapi memang tak sabar sangat nak balik. Raya lepas pun tak balik, jadi balik sekejap pun jadi lah.

Balik ni pun sebab nak hantarkan anak sulung n yang no.2, Fatin & Ida, balik bercuti dengan mak long sarawak n nenek di sana. Kalau duduk sini pun, saya hantar ke Taska masa kerja, jadi memang cuti sekolah diorang membosankan nanti. So, untuk mengeratkan hubungan dgn nenek yang jarang bersama, langkah menghantar diorang ke kampung masa cuti sekolah ni rasanya memang praktikal...

Jadi, sebab nak bawak balik jugak kek hasil tangan sendiri bagi kat mak, saya pun buat ler kek lapis nih.. separuh dah abis...dimakan...he ..he ..he

Apa pun,.. balik dari sana nanti, pasti ada post yang menarik.. sebab dah lama tak balik kampung. Semestinya banyak perkara berubah.. Tungguuuuuuu...





Wednesday, November 5, 2008

Kek Raya Syawal ini..

Kek Lapis Mutiara, Kek Lapis Pandan & Roll Coklat Strawberi.


Kek Lapis Horlick- Milo & Asam Manis jugak..

Kek Lapis Tembikai, Kek Lapis Asam Manis, Lapis Mocha
& Kek Lapis Pucuk Rebung







Tuesday, October 28, 2008

Kek Lapis 3 Rasa

KEK LAPIS 3 RASA

Saja je nak post kek ni.. kek ni di order oleh kawan saya dari Perak untuk hari raya lepas. Lama dah gambar nih, tapi terlalu busy nak post ..

Friday, September 19, 2008

Award dari K Dee


Best nyer... Dapat Award ni... Terima Kasih K Dee..

Ha.. kecik nya gambor nih... terpaksalah sebab nak post jugak photo ni.. Roll Berlian perisa Stroberi ngan Coklat. Berat 350 gram..

Sunday, September 14, 2008

Kek2 Lapis Utk Kak Dalilah

Kek Lapis Tembikai

Ingat nak buat rupa tembikai, tetapi bijan hitam tidak menyerlah jadi ni "Seedless Watermelon" lah ye...
Kek Lapis Permata Delima
Kek Lapis Horlick-Mocha

Ini adalah beberapa jenis kek lapis yang dibuat untuk K Dalilah di Kuala Pilah. Kek Lapis Keladi n Lapis Pandan tak sempat nak ambik gambar.. Lain kali lah ye...

Program Satu Hari Sabtu


Penatnya,...Semalam seharian melapis kek lapis nih.. akhir nya siap beberapa biji kek yang mana setelah dibahagikan menjadi bahagian kek yang beratnya masing2 400grm setiap satu pack.

Udahler peti ais kat rumah tu kecil je.. letak 15 packing tu dah penuh.. padatkan lagi dengan triple pack punya kek.. bertambah penuh.. Tak apalah.. sekejap lagi pergi ke KP, hantar kek nih.. ada seorang kakak ni nak try market baru @ kek lapis di stesen minyaknya. Alhamdulillah.. rezeki datang tiba2. Mula2 hati ni rasa macam malas je nak buat,takut takde sambutan.. tapi kalu akak tu berani try, kenapa saya tidak berani try.. peluang datang hanya sekali. Selalu ambik order kawan2 opis dan sedara mara je. Kali ini, kuatkan jugak semangat untuk try..

Apapun,.. gembira dengan langkah yang baru nih..Syukur pada Allah yang sentiasa melimpahkan rezeki.. Kata orang.. rezeki anak2 menjelang raya..