Daisypath Friendship tickers

Friday, December 5, 2008

Kek Mutiara Strawberi-Coklat Utk Hantaran

Kek Lapis Mutiara ni saja je tukar perisa jadi coklat-strawberi.. sebab kawan yang nak tu tak kesah perisa apa, janji siap pada hari yang dia nak. Siap solek lagi gitu.. Katanya nak buat hantaran adiknye bertunang Ahad nih.. Thanks ye Ija (Pun regular customer nih..)



Kek yang ni pulak hasil dari balance adunan selepas buat kek ija n Abg Din (Kawan Opis Asben). Lapisan pun tak tersusun ikut kaler tapi boleh lah. Nak buat tambah kek untuk seorang insan yang baik hati dari Nilai, yang mana telah membantu saya masa saya accident time nak balik ke Sarawak tempoh hari. Susah payah dia menghantar saya dan anak2 ke LCCT dek kereta kami dah tak boleh bergerak. Terbabas masuk roundabout.. hujan dan jalan licin punya pasal. Sampai ke hari ni pun, kereta masih di bengkel. Harap2 minggu depan dah siap, sebab susah nya takde kereta ni. Nak pergi mana2 pun payah... So, harap Shamsina dari Yamagata(M) Sdn Bhd dapat kek dia hari ni.. Oleh-oleh utk Hari Raya AidilAdha..


No comments: