Tuesday, July 24, 2012
Istikharah...
Jodoh itu kita dapat rasa dengan kehadiran seseorang itu yang membuatkan kita tenang, bertambah rasa aman, malah bertingkat keimanan.
Yang sedih jadi gembira, yang lemah jadi kuat, yang takut jadi berani, yang gagal jadi berjaya dan yang seorang jadi sempurna berdua.. Carilah si dia yang buat anda rasa begitu..
Namun, jika dipersimpangan memilih antara satu dalam dua, istikharahlah agar dengannya Allah permudahkan hati kita utk merasa cinta pada seorang sahaja :)
~ Sayang tidak bermakna mesti memiliki, berjauhan tidak bermakna tidak merindui, Namun, jodoh itu di tangan Tuhan, Apa yang kita rancang tidak semestinya menjadi.. oleh itu redha dengan ketentuan Illahi ~
Sekadar Renungan Kita
✿:: Wahai lelaki jika kamu mahu mencintai diriku,
aku mahu kamu mencintai KEKURANGAN ku melebihi KELEBIHAN ku..
Mencintai KELEMAHAN ku melebihi KEKUATAN ku..
Mencintai KEBURUKAN ku melebihi KECANTIKAN ku..
Mencintai KEKHILAFAN ku melebihi KESEMPURNAAN ku..
Kerana untuk mencintai segala yang TERBAIK, biarlah kamu hanya CUKUP mencintai Allah (SWT),
bukan diri ini yang TIADA APA KELEBIHANNYA.. ✿::
Wassalam..
Thursday, July 19, 2012
Salam Ramadhan 2012..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, Ramadhan 2012 kini tiba lagi dan sabtu ini kita mula menjalankan ibadah puasa..
Bulan penuh keberkatan yang memang dinanti2kan oleh umat Islam.
Sangat bersyukur kerana masih berpeluang menjalankan ibadah puasa lagi tahun ini.. bersama keluarga tersayang.
Dengan itu, ai nak ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua sahabat2 dan rakan2 dimana jua anda berada. Semoga tahun ini, ibadah kita lebih diberkati Allah.. Amin.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan dan keampunan sekiranya ada tersinggung rakan2 sekalian selama ini.. :-))
** Selamat berpuasa untuk semua umat Islam di dunia dan di Malaysia, khususnya... ***
Salam Ramadhan dari Kami sekeluarga;-
My other half, Qalam Hamidy & Me, Watie Que
& our kids, Qaisara, Qatrunnada, Qashrina, Qaid Hamidy & Qismina
Daaa...
[ Mode: Happy sangat sebab kali ini berpeluang menyambut 1 Ramadhan bersama Mr Q, my other half.. sambil tunggu dia otw dari Penang.. ai sempat mengupdate kan blog ai nih.. :-) ]
Wednesday, July 11, 2012
Biar Masa Merawat Luka Ini...
Sudah berminggu rasanya aku cuba merawat luka dan kehampaan hati.. akhirnya aku pasrah, biarlah masa yang merawat luka hati ini... biarlah kelukaan ini berlalu tanpa dipaksa-paksa.. Aku sedar aku insan biasa, x mampu menolak apa juga dugaan yang menimpa.. hanya mampu terima dan berdoa agar hikmah yang bakal aku terima nanti, semanis2 hikmah dalam hidup ini.. Amin..
Alhamdulillah..aku sedar akhirnya, biar sekuatmana kita menggenggam cinta kita, kalau bukan milik kita, pasti akan terlepas juga.. namun, kalau memang milik kita, biarpun kita lepaskan ia pergi, sudah pasti kembali juga pada kita akhirnya nanti.. Aku belajar menerima semua ini..
Ya Allah, tolonglah aku menerima semua ini dengan sabar dan redha..
Kini, yang penting.. kiranya aku tak mampu membuat dirimu tertawa dan bahagia, aku akan memastikan dirimu tidak terluka dan bersedih..
Luka di hati ini, biar masa yang merawatnya...
Thursday, June 28, 2012
Berhenti Sejenak, Lihat Belakang
Assalamualaikum..
Seminggu ini, hati banyak menangis, namun aku menangis seadanya... tidak berlebihan, sekadar melepaskan sedikit kesedihan yang kadangkala meronta-ronta mahu keluar dari diri ini.. Tiada lagi kemarahan, kerana bagi aku.. sudah takdir, apa yang terjadi ini.. Sentiasa percaya ada HIKMAH yang manis akan diberikan kelak.
Ya Allah, hanya pada Mu aku memohon segala ketenangan dan keredhaan. Aku juga memohon agar terus diberi kekuatan untuk terus menempuhi hidup yang masih panjang ini..
Bersama Mu, Ya Allah, tidak aku rasakan keseorangan kerana saat2 aku menangisi nasib diri, terasa kasih sayangMu melingkari hidup kami. Permudahkanlah perjalanan hidup kami, biarpun di pertengahan jalan, langkah kami hampir terhenti dan mengalah.. namun cahaya yang Kau berikan, memberikan aku kekuatan.
Terasa penat mengejar cinta dunia.. tidak sedar Cinta Allah lebih kekal dan tetap ada dikala aku susah dan senang.. Ampunilah dosa ku kerana alpa..
Tiada yang lebih besar melainkan Cinta pada Yang Esa..
Semoga aku sentiasa beroleh ketenangan hati biarpun sedikit sebanyak ketenangan itu terkocak jua.. Amin.
P/S: Terima kasih sahabat yang sentiasa memberikan nasihat dan dorongan...
Qoute for today... (copy paste fr FB)
✿•❤ Kita kerap berlari MENGEJAR sesuatu yang bukan milik kita, yang langsung tidak berikan PERHATIAN kepada kita...
Mengapa kita TIDAK berhenti sejenak dan melihat ke belakang, mana tahu ada SESEORANG sedang mengejar kita juga?❤•✿
>>> Belajarlah mencintai orang yang mencintai anda,bukan cuba dapatkan orang yang anda cinta (✿◠‿◠)
Saturday, June 23, 2012
Redha dengan KetentuanNya
Assalamualaikum...
Hampir sebulan tidak saya tidak mengemas cerita di blog saya.. dek busy kerja dan urusan rumah & anak2 seharian.. tapi saya tetap tidak lupakan blog saya ni.. tempat saya meluahkan kebahagiaan, kedamaian hidup saya sekeluarga. tempat saya meluahkan perasaan saya.. biarpun tidak ada yang berminat dengan kebahagian dan kesedihan saya..
Tetapi hari ini, hati saya meruntun mahu meluahkan kesedihan hati saya di sini.. boleh lihat dari photo yang saya letak pun.. itu baru dilihat secara luaran. Kalau dilihat secara dalaman, hanya Allah yang tahu.
Tapi saya percaya, semua dugaan yang Allah berikan pada saya seminggu 2 ini adalah tanda Allah sangat menyayangi saya sebagai hambaNya. Terasa saya antara orang yang terpilih mendapat cahaya hidayah dariNya. Mudahan saya terus kekal begini.. mengingati Allah dan kasih sayangNya, terutama di masa senang saya kelak.
Pasti Allah tidak memilih saya seandainya saya tidak mampu menghadapi dugaan ini. Dugaan ini hanya satu langkah untuk saya kembali ke jalan yang benar2 diredhai Allah. Alhamdulillah..
Hari ini, saya mula berlapang dada dengan apa yang telah melanda hidup saya.. Belajar untuk redha namun bagi saya, perjuangan hidup tidak tamat di sini..
Saya perlu berjuang untuk mendapatkan semula kebahagiaan saya. Mungkin kerana saya alpa, jadi kebahagiaan hati saya telah ditarik balik.. Ya Allah, ampunkan dosa2 saya yang selalu lupa mengingatiMu, di kala susah, apatah lagi di kala senang..
Minda saya penat, hati saya penat dan badan saya penat tatkala saya terlalu memikirkan masalah saya, terasa dirobek2 hati saya... Namun, setelah kembali padaNya, saya kembali tenang dan tidak sesekali mahu mengeluh lagi dan tidak menyesali apa yang terjadi. Apa yang saya perlukan ialah memberi sebuah kemaafan, menerima dengan tabah dan teruskan hidup saya.. berlandaskan apa yang sepatutnya.
Bersyukur juga mendapat keluarga dan rakan2 yang sangat memberi semangat ketika saya dilanda masalah.. biarpun mereka tidak tahu apa masalah saya. Terima kasih Allah kerana memberikan saya keluarga dan sahabat yang baik-baik.. yang mampu memberikan kata-kata semangat, nasihat dan dorongan untuk tabah mengharungi masalah. Saya bersyukur kerana saya tahu hidup saya dikelilingi orang yang baik-baik dan menghargai saya seadanya saya.
Semoga semua ini selesai seperti yang saya doakan. Saya mahu teruskan hidup dengan cara yang lebih baik, lebih mensyukuri nikmatNya dan lebih dekat dengan Allah. Semoga saya juga terus berlapang dada atas apa yang berlaku dan apa yang bakal berlaku. Yang penting, semoga saya tidak lagi lalai padaNya.. Amin..
Jadi saya sedar, bila kita menghadapi seteruk dan sesusah mana pun masalah, kita harus bertenang dan kembali kepada Allah, terutama bila kita sudah lupa mengingatiNya. Kembali memohon jalan terbaik dariNya, Allah Maha Pengasih. Begitu juga, bila kita beroleh kesenangan dan rezeki, biarpun sedikit, kita harus bersyukur padaNya. Semoga kita beroleh keberkatan dalam hidup.
~Apa yang baik itu datang dari Allah,~apa yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri..
Wassalam
Tuesday, May 1, 2012
Happy 7th Birthday Nina
Happy 7th Birthday Dear Nina....
Semoga Nina membesar dengan sempurna, sihat, bijak & menjadi anak yang solehah...
Nina with her birthday cupcakes... she request for angrybird theme.. :-))
Ai buat cupcakes Nina ni dengan penuh kasih sayang... he he he
Hadiah birthday Nina.. Buku Cerita.
( Ai nak tanamkan minat membaca sejak dari kecik..he he)
Semoga Nina menjadi anak yang cerdik dan berguna bila besar nanti... Amin.
Daaa....
Thursday, April 19, 2012
Kek Lapis Sarawak Jenis A - 2012
KEK LAPIS COKLAT
Flavor: Coklat
RM25-00 (2.5x7.5inch) 480g~500g
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
**not include poslaju**
Flavor: Coklat
RM25-00 (2.5x7.5inch) 480g~500g
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
**not include poslaju**
KEK LAPIS YAM DELIGHTS
Flavor: Keladi
1pax (480g~500g)
Flavor: Keladi
1pax (480g~500g)
RM25-00 (2.5x7.5inch) 480g~500g
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
**not include poslaju** RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
Kek Lapis Cappucino
(Flavor: Vanilla &Cappucino)
RM25-00 (2.5x7.5inch) 480g~500g
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
** not include delivery/postage charges **
Kek Lapis Kegemaran Sepanjang Zaman
KEK LAPIS MASAM MANIS
(Flavor : BISKUT MARIE & ASAM HAWFLAKES )
RM25-00 (2.5x7.5inch) 480g~500g
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
** not include delivery/postage charges **
KEK LAPIS MIX FRUITS
(Flavor : Vanilla & Mix Fruits)
RM25-00 (2.5x7.5inch) 480g~500g
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
** not include delivery/postage charges **
KEK LAPIS OREN
(Flavor : Oren )
RM25-00 (2.5x7.5inch) 480g~500g
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
** not include delivery/postage charges **
KEK LAPIS SERIKAYA
(Flavor : SERIKAYA)
RM25-00 (2.5x7.5inch) 480g~500g
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
RM70-00 (7.5x7.5inch) 1.48kg~1.55kg
** not include delivery/postage charges **
Monday, March 26, 2012
2 weeks in 1 post.. :-))
OOlllaaaaa & Assalamualaikum..
Wah.... Dah lama tak menyapu rumah blog ai nih... sekadar lalu je hari2..uhuk uhuk.. manyak abuk woooo...
Tapi hari ni, ai ada sedikit mode rajin nak update.. ha ha ha.. dari post terakhir 07/02/2012.. hari ni dah masuk 26/02/2012. Lama betul x update blog..
Banyak aktiviti sepanjang 2 minggu menyepi dari berblogging nih.. hari2 pergi balik kerja, sampai rumah, masak & sempurnakan keperluan anak2 lagi, masak or tapau pon ambik masa jugak,.. ujung minggu menyempatkan diri membawa anak2 pergi mandi laut..
Wah.... Dah lama tak menyapu rumah blog ai nih... sekadar lalu je hari2..uhuk uhuk.. manyak abuk woooo...
Tapi hari ni, ai ada sedikit mode rajin nak update.. ha ha ha.. dari post terakhir 07/02/2012.. hari ni dah masuk 26/02/2012. Lama betul x update blog..
Banyak aktiviti sepanjang 2 minggu menyepi dari berblogging nih.. hari2 pergi balik kerja, sampai rumah, masak & sempurnakan keperluan anak2 lagi, masak or tapau pon ambik masa jugak,.. ujung minggu menyempatkan diri membawa anak2 pergi mandi laut..
Thanks ya Mr Q, sudi bawakkan kitorg melepas gian mandi laut..
Dalam kesibukan seharian pergi balik kerja, ai sempat juga ambil order buat kek besday dan apam dot2, demi kawan2 & keseronokan hati.. he he.. buat kek untuk release tension..
Happy Birthday Adib ( anak my BFF, Zaharah)
&
En Embam (ex officemate kt site JPJ dulu)
En Embam (ex officemate kt site JPJ dulu)
Demi MIL, ai buat bunga telur jugak. x banyak tp cukup mencabar keimanan ai yang mmg tak cukup masa nih.. wadusss, letih tau.
No wonder my dotters say my mom is supermum.. ha ha.. everything can do.. (dear dotters, not everything...ok, i do what i know only k.., but thanks for u ols punya compliments kat ibu nih..)
No wonder my dotters say my mom is supermum.. ha ha.. everything can do.. (dear dotters, not everything...ok, i do what i know only k.., but thanks for u ols punya compliments kat ibu nih..)
Akhirnya minggu ni, semua kerja yang perlu ai siapkan sudah hampir 90% siap.. Alhamdulillah sebab Allah mempermudahkan setiap kerja dan langkah ai dalam apa jua yang ai nak buat..
So, this weekend agak buzy sebab adik ipar ai nak naik pelamin plak.. ai x ler bizi apa.. ai bizi jaga anak2 ai jer.. ha ha ha.. takut org ramai datang, diorang buat perangai...
So,.. dah settle sapu rumah ai nih... daaaa...
:-))
Tuesday, February 7, 2012
Mode : AngryBird Cakes
Assalamualaikum......
This week pulak, member ai pulak request kek angrybird utk besday adik dia... tadaaa.... ni lah hasil nya... lawa kan (pssttt...masuk bakul angkat sendirik k...)
He he he.. abis da cite kek angrybird..
Thousand thanks pada my ex GSSB Collegue, Zila sebab sudi order kek besday dari ai, utk anak2 sedara dia.. :-))

Ok lah.. malas nak menceceh panjang2... da malam nih.. besok nak kerja...
Daaaa... Gud Nite uols ya.. :-))
Tengok tajuk jek tau dah nak cite pasal angry bird, burung marah yang menjadik bualan zaman sekarang,.. dia pon glamer tau.. ha ha
Selalu deco cakes mcm biasa jer, sampai ketandusan idea, then last week my officemate, Dai datang rumah, sesaja suka abiskan hujung minggu tengok2 ai buat kek camana kan.. ha ha..
So, kitorg try buat kek Angry Bird.. burung yg marah ni mmg hangat di pasaran tau.. berpandukan keychain anak ai yang teramatlah kecik saiz tu.. inilah hasil kek kitorang.. ai dera cik Dai kita tu deco berpandukan lakaran yg dah ai buat. dia picit2 aising.. menggeletar jugak weiii... tp Alhamdulillah, menjadik n cantik. Maybe, kebanyakan kitorang yg berkecimpung dalam bidang engineering nih, ada bakat tenggelam dalam bidang deko kek.. ha ha.. (ini betul tau.., my engineering exclassmate ramai yg buat home bisnes kek & berjaya dalam bidang ni..)

Ni kanak2 rebina dah tak sabar nak kerat angrybird nih.. nak snap pon siap ada pisau potong kek lagi... ha ha apa pun, kitorg hepi dgn hasil hari tu..Selalu deco cakes mcm biasa jer, sampai ketandusan idea, then last week my officemate, Dai datang rumah, sesaja suka abiskan hujung minggu tengok2 ai buat kek camana kan.. ha ha..
So, kitorg try buat kek Angry Bird.. burung yg marah ni mmg hangat di pasaran tau.. berpandukan keychain anak ai yang teramatlah kecik saiz tu.. inilah hasil kek kitorang.. ai dera cik Dai kita tu deco berpandukan lakaran yg dah ai buat. dia picit2 aising.. menggeletar jugak weiii... tp Alhamdulillah, menjadik n cantik. Maybe, kebanyakan kitorang yg berkecimpung dalam bidang engineering nih, ada bakat tenggelam dalam bidang deko kek.. ha ha.. (ini betul tau.., my engineering exclassmate ramai yg buat home bisnes kek & berjaya dalam bidang ni..)
This week pulak, member ai pulak request kek angrybird utk besday adik dia... tadaaa.... ni lah hasil nya... lawa kan (pssttt...masuk bakul angkat sendirik k...)
Then, ai buat satu extra kek angrybird utk letak kat kedai member ai kat shoplot depan rumah kitorg tu jek... tukar kaler plaks.. he he.. jemu r angrybird merah..
Thousand thanks pada my ex GSSB Collegue, Zila sebab sudi order kek besday dari ai, utk anak2 sedara dia.. :-))
Ok lah.. malas nak menceceh panjang2... da malam nih.. besok nak kerja...Daaaa... Gud Nite uols ya.. :-))
Subscribe to:
Posts (Atom)













