Daisypath Friendship tickers

Thursday, June 28, 2012

Berhenti Sejenak, Lihat Belakang

Assalamualaikum..

Seminggu ini, hati banyak menangis, namun aku menangis seadanya... tidak berlebihan, sekadar melepaskan sedikit kesedihan yang kadangkala meronta-ronta mahu keluar dari diri ini.. Tiada lagi kemarahan, kerana bagi aku.. sudah takdir, apa yang terjadi ini.. Sentiasa percaya ada HIKMAH yang manis akan diberikan kelak.

Ya Allah, hanya pada Mu aku memohon segala ketenangan dan keredhaan. Aku juga memohon agar terus diberi kekuatan untuk terus menempuhi hidup yang masih panjang ini..

 Bersama Mu, Ya Allah, tidak aku rasakan keseorangan kerana saat2 aku menangisi nasib diri, terasa kasih sayangMu melingkari hidup kami. Permudahkanlah perjalanan hidup kami, biarpun di pertengahan jalan, langkah kami hampir terhenti dan mengalah.. namun cahaya yang Kau berikan, memberikan aku kekuatan.

Terasa penat mengejar cinta dunia.. tidak sedar Cinta Allah lebih kekal dan tetap ada dikala aku susah dan senang.. Ampunilah dosa ku kerana alpa.. 

Tiada yang lebih besar melainkan Cinta pada Yang Esa.. 

Semoga aku sentiasa beroleh ketenangan hati biarpun sedikit sebanyak ketenangan itu terkocak jua.. Amin.

P/S: Terima kasih sahabat yang sentiasa memberikan nasihat dan dorongan...

Qoute for today... (copy paste fr FB)


✿•❤ Kita kerap berlari MENGEJAR sesuatu yang bukan milik kita, yang langsung tidak berikan PERHATIAN kepada kita...

Mengapa kita TIDAK berhenti sejenak dan melihat ke belakang, mana tahu ada SESEORANG sedang mengejar kita juga?❤•✿

>>> Belajarlah mencintai orang yang mencintai anda,bukan cuba dapatkan orang yang anda cinta (✿◠‿◠)

No comments: