Daisypath Friendship tickers

Thursday, September 6, 2012

Insya Allah


Kebiasaan sebelum tidur, aku memohon agar Allah memberikan ketenangan dan ketabahan dalam hati ini. Memohon agar Allah memberikan petunjuk pada hati ini.. 

Sering orang berkata , jika terbangun 2/3 malam, seeloknya kita berdoa biarpun seketika.. 
Alhamdulillah, akhir2 ini sering terbangun, sering aku memohon biar sedikit permintaan kepada Allah..

Alhamdulillah, begitu jelas Allah sangat menyayangi hambaNya yang mengingatiNya di kala susah dan senang.  Syukur kerana diberikan dugaan hidup sebegini....Kerana dugaan ini, aku kembali ke jalan mu, setelah leka dibuai kebahagiaan dunia.

Kenapa aku perlu bersedih dan terus memikirkan olah orang yang menyakitkan hati ini, sedangkan sudah jelas tertulis, diri ini bukan antara pilihan.. tetapi sudah menjadi kepunyaan. Aku tidak perlu dipilih, kerana aku sudah mengisi hati dia sekian lama... Hanya kuasa tuhan saja yang mampu mengubah keadaan ini dan hati manusia.. Alhamdulillah kerana hari ini, Allah sedarkan aku sebelum aku membuat keputusan yang aku kesali.. Semoga Allah terus mengukuhkan ikatan halal ini.

Kini, aku hanya perlu selalu berdoa pada Allah agar aku terus menjadi ratu hati nya untuk selama hayat kami...
Tidak perlu berubah menjadi yang sempurna, kerana tiada yang sempurna.. cuma perlu menjadi yang lebih baik dari yang dulu, yang lebih memahami dan lebih terbuka.. Insya Allah.

Semoga perhubungan ini diredhai Allah dan berkekalan ke akhir hayat... Amin

~ Sayang & Abang selamanya, Insya Allah ~



Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh..

Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

No comments: