Daisypath Friendship tickers

Monday, August 6, 2012

Dulu, Satu Ketika dan Kini..

Dulu...
Kita melelapkan mata, berbeza bantal,
namun..
mimpi kita sama....

Satu ketika..
kita melelapkan mata, di bantal yang sama..
masih..
mimpi kita tetap sama..

kini..
kita melelapkan mata, di bantal yang sama..
tetapi..
mimpi kita mula berbeza..

Dulu,
kita makan di meja yang berbeza,
namun...
perasaan sayang dan ingatan sesama kita kuat..

Satu Ketika..
kita makan semeja, bersama..
masih..
perasaan sayang dan ingatan sesama kita kuat dan bertambah kukuh..

Kini..
kita makan semeja, bersama..
namun..
terasa perasaan sayang dan ingatan sesama kita terasa mulai rapuh..

Namun, bagi aku, dulu, satu ketika dan kini.. tiada satu pun yang berubah.
Kini cuma keredhaan saja yang aku perlukan.

Biarpun mimpi antara kita tidak lagi sama,
kita tidak lagi mendengar lagu yang sama, 
kita tidak lagi suka lauk yang sama, 
kita tidak bergelak ketawa lagi pada jenaka yang sama.. 
Namun jelas, kita masih perlu bersama demi mereka yang kini selalu ada dalam mimpi kita..
Biar mimpi mereka sampai ke bintang.. 

Biarkan yang sudah berlalu itu biar berlalu... teruskan hidup kerana perjuangan hidup belum tamat..





P/S: Tulisan ini sekadar hiburan ai semata2.. nak korek bakat kot2 blh jadik penulis k..  :-P

No comments: