Daisypath Friendship tickers

Saturday, August 6, 2011

Macaroni Cheese Bakar

Semalam agak sibuk bakar kek lapis dan buat tart nenas, lepas tu buat delivery pada customer..
thanks mai, yati & saidatul.. :-))
Balik dari ofis ZHC, ingat nak pergi carik rendang kerang dgn daun pegaga di bazar Ramadhan S2, sekali pusing 2x xda parking pun,, ai ni bukan penyabar org nya.. so ai blah balik rumah je lah terus..

x tau nak masak apa dlm masa yg singkat n malas lagipun, penat drive.. ha ha.. ai masak mihun goreng & macaroni cheese jer lah.. lgpun da beli sikit kuih muih sebagai sampingan berbuka..


Macaroni Cheese (Sumber: Suri Man, Jitra )



A. Macaroni hendaklah direbus dahulu sebelum menyediakan sos..


B. Sos Merah

bahan2 untuk sos merah


250g daging ayam kisar/daging lembu kisar

1 bj bwg besar(potong dadu)

1 ulas bwg putih( cincang halus)

olive oil(untuk menumis)

daun bay/selasih (ai takbubuh sbb x jumpa pun kat kedai runcit.. malas nk pg supermarket)

oregano (dried)

blackpepper

1 tin kecil tomato puri

sos cili

capsicum(potong dadu)

carrot(potong dadu)

garam

gula



cara2:

1) Panaskan olive oil, tumis bawang besar,bwg putih,bay leaves,oregano,blackpepper, daging sehingga masak.

2) Kemudian masukkan tomato puri, sos cili sedikit, capsicum, carrot, garam &gula.

3) Biarkan kering dan tutup api dan biarkan sejuk..



C. SOS CHEESE:-

bahan2 untuk sos cheese:-


2 sdb butter

2 sdb tepung gandum

600ml susu segar

4 keping cheddar cheese

Perasa

garam

blackpepper



cara2:


1) Cairkan butter dan masukkan tepung gandum dan masak selama 1 min.

2) Lepas tu masukkan susu segar dan ceddar cheese, garam, blackpepper & perasa (jika mahu)

3) Biarkan sejuk



Cara2 membakar:



1) Gaulkan macaroni dengan sos merah kemudian masukkan selapis kedalam loyang.

2) Kemudian lapis dengan sos cheese sedikit dan seterusnya layer sehingga last sekali layer adalah macaroni.

3) Di atas macaroni taburkan cheese mozrella dan romano cheese/fremango cheese(optional) atau parmesan cheese.

4) Letak parsley untuk hiasan..



Bakar selama 20 minit atau sehingga cheese cair & agak garing sedikit..


So, memang sedap.. terima kasih pada Suri Man sebab sudi share resepi nih.. :-))

Da.... :-))

No comments: