Daisypath Friendship tickers

Wednesday, January 28, 2009

Takziah utk Pak Long

Pagi Ahad lepas, saya dapat sms dari kak long di Sarawak.

"Wa Lai (Pak Long-dalam bahasa saya sendiri),dah meninggal dunia. Kena tembak kat rumah dia pagi tadi. Tak tau motif sama ada dendam atau nak merompak. Sekarang masih post mortem di Sibu."

Saya yang baru je sampai di rumah MIL terpana sekejap. Di kampung kecil pun ada kejadian yang semacam ini.. Betul-betul saya terkejut dan sedar bahawa di mana2 sahaja, memang ada saja malang nya. Tak kira bandar besar atau kampung kecil..

Saya betul-betul berharap agar pelaku terbabit akan diheret ke muka pengadilan. Sedih bila fikirkan Pak Long saya yang hampir2 75 thn tu mengakhiri hidupnya dalam keadaan tragis begini. Takziah untuk Mak Long (Kakak Emak Saya), semua sepupu saya n semua ahli keluarga terdekat. Semoga roh Pak Long akan bersemadi dgn aman.

No comments: