Semalam niat nak buat kek lapis so urusan memasak untuk berbuka tukar ke beli lauk kat luar, jadi pergi lah ke bazaar ramadhan area rumah dgn kawan2 sepejabat tu. Beli sikit kuih muih buat penyedap mata di meja makan time buka nanti. Tapi dah takde lah dlm gambar, dah selamat dimakan oleh anak2.
Di samping tu, beli lauk kegemaran yang mana diri sendiri memang tak reti nak buat. Kalau buat pun, gerenti tak berapa jadi. Sambal tempoyak daun kayu. Di N Sembilan ni, memang bulan puasa ramai yang jual lauk ni. Sebab selera org berpuasa kan.. tapi dalam banyak2 gerai yang pergi tu, memang pergi satu gerai makcik ni.. lauk memang ok. Dengan rendang kerang pegaga yang memang power lah tu.. Tapi on the way nak balik ke kereta, terserempak pulak orang jual otak2, beli lagi..Tapi sedikit hampa kerana otak2 ni tak menepati citarasa pulak. Biasalah.. bulan Ramadhan kan.. nampak je.. beli. Tu yang jadi malas nak ke Bazar Ramadhan ni. Tapi kena nak masak jugak untuk sahur [walhal niat mula2 tadi, taknak masak]... ha ha ha..masak je lah ayam masak lemak cili api.
Tulah kisahnya lauk dari berbuka semalam sampai ke sahur pagi ni masih ada lagi.. Sempat jugak lah saya bakar kek lapis sebiji selepas berbuka tu.. Nanti tengahari sikit, post kan pulak lah gambar kek tu. Sesudah siap packing nanti. Daaaggggg.........
No comments:
Post a Comment