Daisypath Friendship tickers

Thursday, August 28, 2008

Akhirnya.. saya mempunyai blog sendiri

Salam,
Beberapa bulan yang lepas, saya pernah cuba membuat blog sendiri tapi cuma hangat-hangat tahi ayam je.. jadi tak post apa-apa pun.. terbiar begitu sahaja. Tetapi kali ni, saya berusaha untuk menyiapkan post yang pertama,semoga berkekalan lah kerajinan saya kali ni. Bukan kerana malas, cuma masa yang terhad dalam hidup seharian ni menyebabkan saya jadi kurang semangat.

Namun, apabila seorang kawan telah berjaya membuat blog sendiri dan agak meriah nampaknya sekarang, jadi saya kuatkan semangat untuk membuat blog ni.
Lagipun, melalui blog ini, saya boleh mencari kawan2 alam maya.. boleh berkongsi resepi dan lain-lain.. di samping menjalankan bisnes online yang begitu popular sekarang ni..

Semoga dengan terjalinnya silaturahim antara kita di laman siber ini akan memberikan kita semua ilmu dan tips-tips yang bermanfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita. Terutama berkongsi ilmu dan idea yang bernas untuk memajukan diri dalam perniagaan online serta meningkatkan taraf hidup.

Salam Perkenalan untuk semua.

No comments: