Daisypath Friendship tickers

Wednesday, January 28, 2009

Takziah utk Pak Long

Pagi Ahad lepas, saya dapat sms dari kak long di Sarawak.

"Wa Lai (Pak Long-dalam bahasa saya sendiri),dah meninggal dunia. Kena tembak kat rumah dia pagi tadi. Tak tau motif sama ada dendam atau nak merompak. Sekarang masih post mortem di Sibu."

Saya yang baru je sampai di rumah MIL terpana sekejap. Di kampung kecil pun ada kejadian yang semacam ini.. Betul-betul saya terkejut dan sedar bahawa di mana2 sahaja, memang ada saja malang nya. Tak kira bandar besar atau kampung kecil..

Saya betul-betul berharap agar pelaku terbabit akan diheret ke muka pengadilan. Sedih bila fikirkan Pak Long saya yang hampir2 75 thn tu mengakhiri hidupnya dalam keadaan tragis begini. Takziah untuk Mak Long (Kakak Emak Saya), semua sepupu saya n semua ahli keluarga terdekat. Semoga roh Pak Long akan bersemadi dgn aman.

Cuti Raya Cina

Ahad lepas, balik ke Gombak 2 hari.. almaklumlah cuti panjang. Tak tahu nak buat apa.. so buat ler karipap n 2 jenis kek lapis. Ada jugak order dari seorang kawan, jadi sekali harung lah buat kek utk MIL kan.
Manakala karipap ni buat masa di rumah MIL, untuk sarapan ahli keluarga yang agak ramai time cuti nih.. kalu beli.. memang $$ kena keluar byk..heheheh.. buat sendiri, terbukti jimat lah kan. Dapat lah 2 jenis.. bentuk pulak sebenarnya nak bezakan intinya.

Karipap biasa - inti sardin & kentang..

Karipap bulat ni intinyer kentang je. ayam tak bubuh..

Kek Lapis Keladi n Kek Lapis Pandan-Coklat
Resepi karipap nih saya ambik dari blog abang Rozzan.. TQ ye Bro.. memang digemari ahli keluarga saya.. inti je saya alter sikit he he he he.

Wednesday, January 7, 2009

Udang Goreng Sos Tiram

Lauk yang simple untuk makan malam..


Udang Goreng Sos Tiram..

Jamu mata lah yer....

Monday, January 5, 2009

Kek Lapis Horlick Milo Utk Hantaran

Kek Lapis ni pulak untuk kakak angkat rakan sepejabat (Shahrul) yang melangsungkan pernikahan pada 28 Dec 2008. Selamat Pengantin Baru dan terima kasih.

Kek Lapis utk Sourvenier Majlis Bertandang..

Dua tiga hari sebelum cuti krismas, kawan saya Ija mintak buatkan kek utk Majlis Bertandang Adik Saudara dia. Tapi kali ni, dia mintak siap potong n packing dalam plastik. Kotak Sourvenier tu dia sendiri sediakan, jadi kek ni packing utk terus diisikan dalam kotak nanti.

Kek Lapis Mutiara Strawberi-Coklat

Kek Lapis Mutiara Pandan - Coklat

Kek Lapis Mutiara Pandan - Coklat
Terima kasih daun keladi utk Ija dari Garden Homes.. Lain kali boleh order lagi ye...